CantikRambut

Tips Memilih Dan Memadupadankan Warna Hijab

tips padanan warna hijab - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Anda tidak tahu taknik berhijab dengan padanan warna tudung? Jom dapatkan tips berguna di sini khas untuk anda..

Ketika memilih hijab, sebenarnya banyak perkara yang perlu anda perhatikan, salah satunya adalah warna. Pemilihan dan padanan warna  yang salah boleh membuatkan penampilan anda nampak tidak sempurna dan mungkin juga ter’over’.

Supaya perkara tersebut tidak terjadi pada anda, cuma semak tips di berikut;

* Semangat Warna ‘Panas’

Warna-warna panas meliputi merah, oren dan kuning. Warna kontras akan membuatkan seseorang kelihatan ‘stunning’. Warna sebegini sangat serasi apabila dipadankan dengan warna tanah seperti coklat tua, emas dan tembaga. Tujuannya adalah untuk membuatkan warna-warna terang tersebut kelihatan redup.

* Paduan Warna Segar

Hijau adalah warna alam. Jadi, warna yang sangat serasi digandingkan dengan warna hijau ini sebaiknya merupakan warna tanah, seperti warna kayu, batu dan warna tanah.

* Sensasi Warna Pink Terang

Jika ada merupakan pencinta warna pink, ada boleh memadupadankannya dengan warna-warna basic seperti coklat, biru dan kelabu. Ia akan menyeimbangkan warna pink yang termasuk warna tegar agar kelihatan lebih anggun dan serasi.

* Terus Setia Dengan Warna Gelap

Hitam selalu menjadi warna asas dalam setiap pilihan pakaian, begitu juga dengan hijab. Sangat serasi apabila dipadu padan bersama warna-warna kontras. Selain itu, hijab berwarna hitam boleh meneutralkan pakaian bermotif besar.

Kredit foto kepada elvitriaphotobook

<< Jom dapatkan lagi tips berhijab di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Jenis Makanan Kuatkan Daya Ingat Otak

Next post

Pasangan Panda Gergasi Bakal Tarik Lebih Ramai Pengunjung Ke Zoo Negara

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *