CantikSolekan

7 Tips Solekan Muka Berjerawat

tips solekan untuk wajah berjerawat - women online magazine

 

Kredit Foto: h3rs

Solekan Muka. Ramai yang mengalami masalah jerawat, tak kira wanita mahu pun lelaki. Jom cuba teknik solekan muka berjerawat yang telah dikupas oleh WOM.my

Jerawat yang tumbuh, terutama di bahagian muka seperti di hidung dan pipi sangat menganggu, sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri untuk tampil di hadapan orang lain.

Walaupun wajah anda berjerawat, ini tidak bermakna anda tidak boleh menggenakan mekap atau solekan.  Tambahan pula, tanpa calitan sebarang mekap wajah anda mungkin nampak kusam dan tidak ubah seperti orang sakit!

Bagi anda yang mengalami masalah wajah berjerawat, tapi ingin tampil cantik , jangan bimbang. Ada cara sederhana yang boleh anda pratik dalam memilih dan mengaplikasikan mekap sekalipun wajah anda tidak mulus!

 

Tips solekan muka berjerawat;

1. Gunakan Pembersih Muka/Skrub Muka

Pertama, anda harus membersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka ataupun skrub muka. Skrub yang dihasilkan daripada bahan semulajadi akan membuatkan kulit wajah anda ‘bernafas’ dan kelihatan lebih bersih. Ia turut menanggalkan sel-sel kulit mati sekaligus membersihkan kotoran pada wajah.

 

2. Pelembab Wajah & Concealer

Selepas membersihkan wajah, tepuk-tepuk lembut wajah dengan tuala muka untuk menyerap kelebihan air dan minyak. Kemudian, aplikasikan pelembab di seluruh bahagian mua dan biarkan seketika.

Jika anda ingin mengaplikasikan concealer bagi menyembunyikan jerawat tersebut, memadai menggunakan jari dan tepuk-tepuk lembut.Sekiranya anda tidak mahu menyentuh jerawat, pakailah berus concealer yang bersih.

 

3. Foundation

Setelah memakai concealer, baru mengaplikasikan foundation di seluruh wajah dan leher secara merata dengan teknik ‘ditepuk-tepuk’ degan menggunakan jari. Jangan sesekali menggunakan span untuk mengaplikasikan foundation pada kulit yang berjerawat.

Di samping itu, pilih foundation yang memberikan bayangan lebih gelap berbanding warna kulit wajah anda. Hindari menggunakan foundation lebih daripada satu lapisan.

 

4. Bedak Tabur

Sebaiknya gunakan bedak tabur setelah memakai concealer dan foundation. Bedak tabur berupaya menyerap kelebihan minyak serta lebih ringan berbanding jenis ‘two way cake’.

Selain itu, compact powder tidak disarankan untuk anda yang mengalami masalah jerawat. Tetapi, jika terpaksa, pakailah dengan teknik ‘ditepuk-tepuk’ ya!

 

5. Blush on

Anda yang memiliki jerawat di pipi sebenarnya tidak disarankan memakai blush on dan shimmer. kerana ia boleh memparahkan lagi jerawat anda. Bahkan hasil solekan ini akan menyerlahkan lagi kewujudan jerawat anda. Jika anda tetap mahu memakainya, aplikasikan dengan sentuhan ringan dan elakkan blush on creamy.

 

Baca Juga: Rahsia Pemerah Pipi

 

6. Eyeshadow,  Eyeliner, Maskara & Lipstik

Gunakan eyeshadow atau lipstik berwarna terang bagi menyerlahkan hasil solekan. Pilih salah satu dan jangan mengaplikasikan kedua-duanya dengan warna terang. Ia akan membuatkan solekan anda nampak pelik.

Untuk menguatkan lagi daya pesona mata anda, pakailah eyeliner di bahagian atas mata.  Jika mahu kelihatan lebih elegan, aplikasikan juga eyeliner di bahagian bawah mata dan tebalkan. Gunakan juga maskara untuk menonjolkan mata dengan efek mata kucing.

 

Baca Juga: 10 Warna Lipstik Buat Anda Nampak Cantik

 

7. Cara Membersihkan Mekap

Jangan lupa untuk membersihkan sisa-sia mekap sebelum anda tidur agar jerawat tidak ‘meradang’. Cara membersihkan mekap bagi kulit berjerawat ialah dengan teknik ‘ditepuk-tepuk’ dengan kapas yang sudah dibasahi makeup remover.

Jangan menggosok terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan iritasi. Gunakan facial cleanser, massage ringan selama 10 saat. Kemudain bilaslah dengan air. Ini akan membuatkan kulit anda ‘bernafas’ dan mengurangi jerawat.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Dapatkan tips elakkan wajah tidak bermaya di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Nikmat Bila Anda Urut Badan

Next post

Dapatkan 10 Rahsia Penampilan Diri Terbaik Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *