CantikKewanitaanWanita

Semak Punca Sebenar Senggugut Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

punca senggugut - women online magazine

Kredit Foto: pgoaspryliving

Punca Senggugut. Bukan sedikit wanita yang mengalami rasa sakit yang luar biasa atau senggugut ketika ‘datang bulan’. Tentu anda ingin tahu punca senggugut dan baca artikel ini sampai habis.

Ada di antara anda yang mungkin juga mengalami  rasa mual, sakit kepala, kembung perut dan sebagainya sepanjang tempoh ‘datang bulan’ atau haid.Pengaliran haid bagi setiap wanita adalah berlainan dari segi jumlah hari aliran dan juga kitarannya. Sesetengah wanita mengalami senggugut dan ada yang tidak mengalaminya.

Bagi  yang  mengalami senggugut pasti anda tertanya-tanya apakah punca senggugut dan mengapa ia menyerang anda? Memanglah gejala-gejala tersebut termasuk senggugut merupakan proses semulajadi dan wajar dialami oleh setiap wanita.

Apakah anda tahu punca senggugut dan tips untuk menghilangkannya secara sihat? Jom, semak!

“Dysmenorrhoea” atau senggugut adalah satu simptom yang lazim ketika kedatangan haid. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis.

1. Senggugut primer (primary dysmenorrhoea)

Kesakitan senggugut biasa dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja  yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur.

2. Senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea)

Ia berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari  uterus,  saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang  menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.

Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah  tumor serta tumbesaran yang tidak normal.Selain itu, contoh penyakit lain yang  tergolong di  dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelviks.

 

Baca Juga: Kehamilan Luar Rahim

 

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat? Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput  endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai  ‘prostaglandin'. ‘Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.

Setiap ‘prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta member banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. Namun begitu, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca senggugut.

Sebelum kedatangan haid anda mungkin mengalami Simtom Pramensus (PMS), seperti :

 

Tips Mengurangkan Sakit Senggugut

  • Amalkan sikap positif dan bertenang.

Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

 

Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. Makanan ringan merupakan contoh antara makanan yang mengandungi garam berlebihan. Elakkan makanan seperti ini  beberapa hari sebelum kedatangan haid.

 

  • Gunakan Pad Pemanas

Pad pemanas ada dijual di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuam. Anda juga boleh mandi air hangat atau suam untuk mengurangkan kesakitan.

 

  • Minum Air Suam

Elakkan ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum setelah suam.

 

Baca Juga: Kebaikan Air Suam

 

  • Urut

Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

 

Petua Orang Tua

  • Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum untuk  sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
  • Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  • Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantitinya sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam seminggu atau dua minggu sebelum haid.
  • Semasa sakit akibat senggugut, anda dinasihatkan untuk meminum air teh pahit tanpa gula.
  • Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
  • Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu jari dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan campurkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari pada waktu malam.
  • Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda boleh memakan sebarang masakan daripada sayur petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
  • Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Selamat mencuba!

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui tips mudah menjaga kesihatan vagina ketika ‘datang bulan' di sini.

 

 

 

 

Previous post

10 Cara Putihkan Ketiak Hitam Paling Berkesan

Next post

Pemakanan Seimbang Penting Buat Bayi Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. January 6, 2018 at 12:27 pm — Reply

    betul..memang seksa kalau datang senggugut ini. habis semua kerja tergendala. ditambah sakit yang kuat, memang hendak baring sentiasa. mujur tiada yang serius sepanjang saya senggugut

  2. July 23, 2018 at 6:43 am — Reply

    Emosi boleh terganggu bila bab sakit sengugut nie.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *