CantikDietSihat

6 Punca Utama Perut Anda Buncit!

punca perut buncit - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Punca Perut Buncit. Memiliki tubuh yang sihat adalah keinginan semua orang.Ingin tahu punca perut buncit? Baca artikel ini sampai habis ya!

Tahukah anda tubuh yang ramping, bebas lemak dan mantap menjadi impian ramai orang. Namun, untuk memilikinya tidak semudah yang disangka. Apatah lagi, jika memiliki perut buncit!

Masalah perut buncit  atau gendut sangat menganggu, terutamanya kaum wanita. Perasaan malu dan hilang keyakinan diri pasti ada bagi wanita yang ingin berpenampilan lebih menawan.

 

Kenali punca yang menyebabkan perut buncit:

1. Makan berlebihan

Mereka yang cenderung makan berlebihan pada hujung minggu terutama pada hari Sabtu, meningkatkan lagi pengambilan lemak.

Untuk menghindari kalori berlebihan pada hujung minggu, perhatikan jumlah makanan.

Selain itu, gula dan alkohol, teruma yang terkandungi dalam minuman keras boleh membuatkan otot anda menjadi kendur.

Minuman keras yang diharamkan bagi masyarakat Islam ini sangat berbahaya buat tubuh.Ia mengandungi banyak kalori dan boleh menyebabkan seseorang itu makan lebih banyak daripada kebiasaannya.

Begitu juga dengan tembakau yang boleh merosak kerja penghadaman.Jika anda merokok selepas makan, anda pasti akan berasa kembung perut.  Jadi, berhentilah merokok!

 

Baca Juga: Tips Mudah Berhenti Merokok

 

2. Makan Dengan Gelojoh

Ketika makan terburu-buru atau gelojoh, anda sebenarnya telah mengorbankan waktu yang diperlukan untuk menghadamkan makanan. Ia boleh membuatkan tubuh tidak sempat memberi signal kenyang.

Sediakan waktu , paling kurang 20 minit untuk mengunyah sehingga dapat memberikan signal kenyang dan ia mampu menghindari anda makan berlebihan.  Cara terbaik, duduk dan bertenanglah terlebih dahulu, makan dan kunyah dengan perlahan-lahan.

 

3. Tidur Selepas Makan

Hindari terus tidur sebaik sahaja selesai menikmati hidangan. Tidur selepas makan menyebabkan proses penghadaman usus tidak dapat bekerja dengan baik dan menyebabkan perut menjadi buncit!

 

Baca Juga: Tidur Lebih Lena

 

4. Stress

Stress boleh menganggu tugas tubuh dan penghadaman sehingga membuatkan anda berasa kenyang. Situasi ini akan menimbulkan masalah pada kemampuan tubuh dalam menyimpan lemak. Hasilnya, perut anda akan kelihatan mengembang.

Wanita yang tahap stressnya lebih tinggi cenderung memiliki lemak perut berlebihan meskipun dia tidak kelebihan berat badan. Ia terjadi mungkin disebabkan oleh efek daripada hormone stress kortisol.

 

5. Pola Pemikiran Yang Salah

Makanan adalah perkara yang penting dalam kehidupan. Makanan bukanlah musuh, dan diet apapun yang mengatakan itu tidak baik bagi tubuh anda. Berada pada pola diet yang salah hanya akan membuatkan berat badan anda cepat turun, namun cepat naik ketika anda berhenti diet. Untuk berat badan yang ideal, anda perlu nutrisi yang seimbang.

 

Baca Juga: Cara Dapatkan Berat Badan Ideal

 

6. Makan Tidak Teratur

Melompati jam makan adalah cara lain yang akan membuat metabolisme anda menjadi tidak menentu.

Tubuh akan menggumpul lemak yang lebih untuk menutupi kekurangan nutrisi. Makanlah ‘snack’ ringan seperti segenggam kacang atau sereal ketika anda mulai lapar. Hindari makan selepas jam tujuh malam, ketika metabolisme berada pada titik lemahnya.

 

Take Notes!

Menurut kajian Sains, setiap orang memiliki ‘six pack’,namun tidak semua dapat dilihat secara fizikal kerana penggumpulan lemak yang menimbun di perut. Untuk mendapatkan perut rata , salah satu caranya adalah melalui ‘fitness’ dan menjaga pola makanan sihat yang seimbang.

Selain itu, anda harus seimbangkan pengambilan protein, serat dan menjaga keperluan cecair di tubuh kerana ia akan meningkatkan kelancaran metabolisme tubuh dan membakar kalori.

 

<< Jom ketahui tips untuk orang kurus naikkan berat badan disini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara Mudah Melentikkan Bulu Mata

Next post

Perkembangan Bayi 8 Bulan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *