CantikSolekan

6 Produk Kosmetik Berbahaya 2013

women online magazine-produk-kosmetik

Nak Tahu 6 produk kosmetik berbahaya..?

Sebenarnya ada banyak produk kosmetik berbahaya yang terdapat di pasaran tanpa kita sedari. Pengetahuan berkaitan maklumat ini penting kerana sungguh pun pihak Kementerian Kesihatan tidak meluluskan produk yang mengandungi kandungan yang berbahaya tetapi penjualannya masih tetap menjadi permintaan di pasaran.

Pengguna produk kosmetik di sarankan sebelum membeli sila rujuk bahan yang di gunakan untuk produk tersebut. Ini disebabkan kerana terdapat beberapa isu berkaitan kesan sampingan apabila menggunakan produk berkaitan.

Menurut Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman, berkata enam produk diharamkan berkenaan adalah:

1- Temulawak Whitening Pearl Creamv Papaya
2- Ratna Sari Whitening Night Cream
3- Atika Beuty Renewel Night Cream
4- Chantique Whitening Night Cream
5- Treatment No 1
6- Treatment No 2

Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

“Tretinoin” boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit.

“Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,”katanya dalam satu kenyataan di akhbar tempatan 23 Feb 2013 lalu.

Maka, hati-hatilah dengan produk kesihatan dan kecantikan yang berada dipasaran hari ini. Pastikan ianya lulus dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan selamat digunakan. Kita boleh semak sendiri kesahihan produk tersebut di http://portal.bpfk.gov.my/

Nasihat kami supaya anda membeli produk yang original dan berkualiti. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama.

Selamat mencuba..

Kredit foto: feerarroyo

<< Nak kuku cantik menawan baca di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Petua Penjagaan Rambut Agar Tidak Kusam Dan Berbau

Next post

5 Makanan Sihat Yang Wajib Dimakan Lelaki!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *