CantikRambut

Pewarna Rambut Punca Kanser Payudara?

pewarna rambut halal - women online magazine

Rambut umpama mahkota kepada wanita. Memiliki potongan rambut yang menarik bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri, tetapi mewarnakan rambut juga mampu menjadi nilai tambah kepada penampilan dan pembawakan diri wanita.

Pewarna rambut bertujuan untuk menukarkan warna rambut. Kebiasaannya pewarna rambut diperbuat daripada bahan semulajadi ataupun bahan sintetik.Pewarna rambut sintetik adalah pewarna rambut yang berasaskan bahan kimia. Ia membolehkan lapisan kutikel di lapisan luar helaian rambut terbuka dan akan menyerap masuk warna ke dalam helaian rambut. Lapisan kutikel ini akan tertutup semula apabila proses mewarnakan rambut selesai.

Sekiranya anda kerap mewarnakan rambut, kutikel rambut tidak akan tertutup dengan sepenuhnya dan ini akan menyebabkan helaian rambut menjadi mudah putus.Pewarna rambut semulajadi pula berasaskan bahan semulajadi. Ia hanya akan menyelaputi lapisan luar helaian rambut dan tidak menembus masuk ke helaian rambut. Warna yang terhasil pula adalah kombinasi warna asal rambut dengan pewarna yang digunakan.

Mengapa wanita ingin mewarnakan rambut? Ia hanya disebabkan oleh dua sebab ini iaitu kehadiran uban yang memutih dan untuk memperbaharui penampilan mereka.Namun begitu, sebagai seorang muslimah, anda harus tahu bagaimana untuk membezakan pewarna rambut halal dan tidak halal.

Pertama sekali anda perlu mengenali jenis- jenis pewarna rambut yang ada di pasaran.

Pewarna Rambut Kekal

  • Ia mengandungi hidrogen peroksida yang membolehkan ia menutupi warna rambut dengan lebih berkesan dan boleh digunakan untuk malunturkan warna rambut.
  • Pewarna rambut jenis ini akan meresap jauh ke dalam helaian rambut disebabkan oleh bahan reaksi kimia semasa pewarnaan rambut dilakukan.
  • Warna rambut tidak akan hilang apabila rambut dicuci dengan menggunakan syampu. Walaubagaimanapun, warna akan berkurangan setelah rambut dicuci berkali-kali.
  • Tahukah anda, pewarna rambut jenis ini mengandungi bahan kimia jenis ammonia yang berfungsi untuk membuka kulit rambut supaya warna boleh meresap ke dalam lapisan kulit rambut. Warna dari pewarna rambut ini tidak akan pudar warnanya melainkan anda menggunting rambut tersebut.

Pewarna Rambut Separa Kekal

  • Pewarna rambut jenis ini tidak mengandungi bahan kimia ammonia. Ini bermakna warnanya akan beransur pudar setelah dicuci selama 4 hingga 6 kali.
  • Pewarna rambut separa kekal sangat sesuai bagi anda yang memiliki kulit yang sensitif dan jenis rambut yang kering.
  • Ia boleh didapati dalam bentuk cecair, gel atau aerosol yang terdiri daripada molekul yang lebih kecil daripada pewarna rambut sementara. Sifatnya sama seperti pewarna rambut kekal tetapi ia hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja, kemudian rambut akan menjadi kepada warna asal.

Pewarna Rambut Sementara

Pewarna rambut sementara boleh didapati dalam bentuk ‘gel’, semburan, ‘mousses’, dan bilasan. Ia hanya akan menyelaputi bahagian luar helaian rambut dan akan hilang apabila rambut dicuci dengan menggunakan syampu. Warna tersebut hanya akan bertahan untuk sementara sahaja.

Highlight

Highlight bertujuan untuk memberi ilusi tekstur potongan rambut supaya kelihatan lebih dinamik. Sentuhan warna hanya terhad pada bahagian-bahagian rambut tertentu sahaja. Penggunaan warna highlight biasanya menggunakan warna yang lebih cerah atau kontra dari warna asal rambut. Pewarna rambut boleh menjadi tidak halal disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rambut kekal mahupun separa kekal kerana ia sekaligus menghalang air dari masuk ke dalam lapisan rambut.

Pewarna rambut halal adalah pewarna yang menggunakan bahan semulajadi yang membolehkan air untuk meresap masuk ke dalam setiap lapisan rambut. Penggunaan pewarna rambut yang tidak halal bukan sahaja haram dipakai oleh muslimah, ia juga membawa kemudaratan kepada tubuh badan kita.
Alahan
Alahan akan berlaku disebabkan oleh bahan kimia di dalam pewarna rambut tersebut kerana kulit anda tidak mampu menerima bahan tersebut. Memberi kesan negatif pada mata dan kulit kepalaIa boleh menyebabkan iritasi pada bahagian mata seperti kemerahan pada kawasan mata dan menyebabkan gatal-gatal dan luka pada kulit kepala anda.

Gangguan pada hormon
Pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia seperti alkylphenol etoksilat (APE), yang biasanya ditemui pada spermisida dan pestisida. Kandungan tersebut akan menyebabkan gangguan hormon dalam tubuh anda.

Kanser payudara

Bahan kimia yang terdapat pada pewarna rambut mengandungi bahan penyebab kanser (carsinogenik).

Kelainan pada janin

Bahan kimia yang tersapu pada kulit kepala akan meresap masuk ke saluran darah dan boleh membahayakan dan menyebabkan kelainan pada janin.

Kesimpulan

Rambut merupakan bahagian yang wajib dicuci ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhu). Hal ini bermaksud, air yang bersih perlu sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub atau ketika berwudhu. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk membasahi rambut, maka mandi hadas dan wudhu tadi tidak akan sah tidaklah sah. Jadi, jangan main-main apabila ada berhajat untuk mewarnakan rambut. Pastikan anda memilih pewarna rambut yang halal serta anda yakin menggunakannya tanpa was-was.

Kredit foto: missbudgetbeauty

<<

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Punca Resdung & Tanda-Tanda Anda Sudah Terkena!

Next post

Ingin Tahu Punca & Cara Meredakan Gusi Bengkak? Baca Di Sini…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *