CantikKulit

4 Petua Wajah Sentiasa Berseri-Seri

formula kecantikan-petua wajah berseri

Foto: Sekadar Hiasan

Petua Wajah Berseri.Salah satu rahsia kecantikan wanita adalah terletak pada kulit wajahnya.

Jika kulit wajah kelihatan putih berseri tanpa jerawat, sudah tentu ia akan meninggalkan efek cantik dan mempersonakan.Kali ini WOM.my cuba dedahkan beberapa petua wajah berseri dan amalannya. Teknik ini tidaklah susah untuk anda praktik serta tidak memerlukan kos yang terlalu mahal sehingga anda tidak mampu untuk menjadikannya sebagai amalan.

Antara Petua Wajah Berseri Adalah :

1. Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah ‘penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia. Siapa tak nak, kan!

Baca Juga: 7 Kebaikan Minum Air Suam

2. Membuat urutan muka dengan cara meletakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Anda boleh minum air suam sebelum sarapan pagi.

3. Sentiasa berlaku ceria dan senyum selalu. Jika anda dalam keadaan tertekan, anda akan lebih mudah cepat tua.Jika anda sentiasa senyum otot mulut akan sentiasa aktif dan wajah akan sentiasa ceria dan berseri. Lakukan amalam ini setiap hari untuk mendapatkan hasilnya.

Baca Juga: Petua Awet Muda

4. Amalan makan ulam-ulaman. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan masyarakat kampung banyak mengamalkan makanan ulam-ulaman. Tujuannya adalah kerana setiap ulam-ulaman yang kita makan itu terdapat beberapa khasiat dan manfaat yang boleh membawa kebaikkan kepada diri anda.

Sebagai contoh, apabila anda mengamalkan makan ulam jering, kebaikkannya boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Kenapa anda perlu bersusah payah untuk mengambil ubat-ubatan untuk kencing manis sedangkan anda boleh mengurangkannya dengan hanya memakan ulam-ulaman sahaja.

Baca Juga: 6 Makanan Awet Muda

Nota Kaki:Jika anda ada sebarang cadangan anda boleh letakkan di ruang komen dan jangan lupa SHARE petua cantik ini dengan kawan-kawan anda.

<< Berminat nak tahu cara pulihkan lebam bawah mata? klik link ini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Jenis Pin Tudung Menarik Habis!

Next post

5 Cara Menyimpan Makanan Agar Tahan Lama

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *