CantikKulit

4 Petua Paling Mudah Untuk Tegangkan Kulit Muka

 

petua tegangkan kulit muka - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Tegangkan Kulit Muka. Masalah kulit kusam dan kedutan di wajah sering menganggu ramai wanita.

Masalah penuaan semulajadi pada kulit wajah membuatkan ramai wanita tidak duduk diam dan berusaha untuk menunda penuaan kulit ini. Kulit muka yang tegang akan membuatkan anda sentiasa kelihatan awet muda.

Sebenarnya ada pelbagai petua tegangkan kulit muka secara semulajadi.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk tegangkan kulit muka yang boleh anda praktikkan dalam aktiviti seharian.

1. Tegangkan Kulit Muka Cara Pertama:

Buka mulut anda luas-luas. Lebarkan juga mata anda. Kembali semula kepada posisi normal. Lakukan teknik ini sebanyak lima kali dan ulang lagi sebanyak lima kali sambil menggerakkan kepala anda ke kanan dan ke kiri.

 

2. Tegangkan Kulit Muka Cara Kedua:

Tekan dahi anda berhampiran dengan kawasan rambut dengan jari-jari. Urutlah dengan gerakan ke belakang. Cara ini berkesan untuk menyamarkan kedutan di dahi anda, sekaligus tegangkan kulit muka.

 

3. Tegangkan Kulit Muka Cara Ketiga:

Buka mulut anda luas-luas, turunkan kepala ke belakang. Kemudian, buka dan tutup mulut seperti anda sedang mengunyah makanan. Lakukan sebanyak 10 kali.

 

4. Tegangkan Kulit Muka Cara Keempat:

Duduklah di depan cermin dan pastikan wajah anda memandang lurus ataupun tepat ke cermin. Tekan gigi atas dan bawah. Lebarkan bibir. Tahan dalam kiraan 10, kemudian kembali ke posisi normal dan ulang sebanyak 10 kali.

 

Jika kulit wajah anda jenis kering:

Anda boleh mengatasinya dengan masker. Buatlah masker daripada campuran air kelapa hijau, susu segar, putih telur dan satu sudu besar madu. Untuk mendapatkan hasil yang baik, pastikan anda melakukannya secara teratur.

Jika kulit wajah anda jenis berminyak:

Anda boleh menggunakan masker bengkuang. Gunakan masker daripada bengkuang yang dicampur dengan perahan limau nipis dan air limau nipis. Lakukan secara rutin dan minyak di wajah anda akan hilang sedikit demi sedikit. Wajah anda pasti akan jadi lebih cantik, anjal dan segar.

 

Info Ekstra!

Terdapat beberapa jenis makanan yang bukan sahaja mengandungi zat yang cukup baik, tetapi juga berkhasiat untuk mengatasi penuaan semulajadi.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi polifenol dan antioksidan tinggi yang boleh mencegah penyakit akibat penuaan semulajadi. Selain  itu, ia juga mampu menjaga kesihatan otak dan mencegah kanser jika diambil dua sudu besar dalam sehari.

 

Aprikot

Minyak aprikot dikatakan mampu melawan oksigen jahat yang merosakkan kulit. Selain itu, ia juga berupaya menurunkan kadar kolesterol jahat sekaligus meningkatkan kolesterol baik dan tinggi kandungan betakaoten dan likopen yang baik untuk kesihatan jantung.  Sel baik dalam tubuh mampu bekerja menembusi ‘mitokondria’ dan melawan radikal bebas yang menyebabkan kulit berkedut. Secara tidak langsung ia akan tegangkan kulit muka.

 

Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan dan baik untuk diet kerana kaya dengan kandungan katekin. Kandungan katekin efektif meningkatkan metabolism tubuh. Ekstrak teh  hijau juga mampu memberikan perlindungan jaringan kulit, sekaligus berupaya tegangkan kulit muka.

 

Baca Juga: Khasiat Teh Hijau

 

Tomato

Kandungan lycopene yang tinggi terdapat pada buah tomato ini mampu menjaga kulit daripada antioksida tinggi dan bahaya sinaran matahari. Tomato bukan sahaja boleh tegangkan kulit muka, tetapi juga berkhasiat melindungi jantung dan mencegah kedatangan sel kanser.

 

Bawang Putih

Bawang putih mempunyai persenyawaan anti bakteria dan anti kulat yang baik untuk kesihatan. Sistem kardiovaskular dalam tubuh membantu anda membakar lemak jahat dalam tubuh, melawan peradangan kanser dan membunuh sel kanser.

 

Kunyit

Mempunyai kandungan pigmen ‘kurkuminoid’ yang mengakifkan gen. Ia berfungsi untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh dalam mencegah pertumbuhan sel kanser. Kunyit mampu melindungi sel otak dan sel kulit hingga meningkatkan konsentrasi serta memperlambatkan pembentukan kedutan, garis-garis halus dan tegangkan kulit muka.

 

Baca Juga: Khasiat Kunyit Hidup

 

Ikan Mackarel

Mackeral merupakan jenis ikan yang kaya dengan Omega-3. Kandungan ini merupakan anti-inflamasi semulajadi yang mampu menyembuhkan peradangan kulit seiring dengan pertambahan usia. Dua jenis lemak Omega-3, iaitu asid eicosapentaenoic(EPA) dan asid decosahaxaenoic(DHA) yang mampu meningkatkan fungsi otak.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya supaya mereka pun boleh kekal cantik.

 << Manfaat masker wajah:  Lebih Cerah & Flawless. Info lanjut klik link ini.

 Hilangkan Jerawat | WOM

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Jenis Tudung Chiffon Paling Menarik

Next post

5 Cara Agar Suami Tahan Lama Di Ranjang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. July 20, 2018 at 4:10 pm — Reply

    Tips yang sangat bagus..terima kasih for sharing

    • May 4, 2019 at 11:30 am — Reply

      Sama sama puan,semoga bermaanfat dan jangan lupa share post kami ya 🙂

Leave a Reply to WOM.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *