CantikKulit

7 Petua Putihkan Muka

Petua Putihkan Muka - women online magazine

Kredit Foto: sheknows

Petua Putihkan Muka.Anda berkulit gelap, sebenarnya pun boleh mendapatkan kulit wajah yang cerah, bersih dan sihat.Berikut ini 7 petua putihkan muka yang cukup mudah untuk anda praktik.

Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga membuatkan seseorang itu mampu kelihatan  lebih menawan.

  • Petua Pertama

Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus. Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah dan biarkan ia mengering dengan sendiri. Setelah itu barulah dibilas dengan air hingga bersih.

 

  • Petua Kedua

Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya dalam bekas berisi air panas dan biarkan semalaman. Esoknya, kisarkan bahan-bahan tersebut hingga halus. Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.

 

  • Petua Ketiga

Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan satu setengah cawan minyak kelapa beserta satu sudu madu lebah. Kacau sehingga rata dan pekat. Setelah itu simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum disapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

 

  • Petua Keempat

Pastinya anda tidak tahu bahawa gula juga dapat memutihkan kulit wajah anda. Caranya adalah,basuh dan bersihkan muka anda dahulu daripada segala kekotoran dengan air bersih. Kemudian, lapkan muka dengan tuala lembut yang bersih. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.

 

Baca Juga: Petua Hilangkan Jeragat

 

  • Petua Kelima

Petua seterusnya sangat mudah dengan menggunakan  tomato. Lenyekkan sebiji tomato dan campurkan 2-3 titis jus limau. Sapukan pada wajah anda dan biarkan selama 15-20 minit. Lakukan 2 kali sehari selama 15-20 hari untuk hasil yang memuaskan.

 

  •  Petua Keenam

Kentang mempunyai enzim pencerah untuk mencerahkan kulit maka ia sangat sesuai untuk dijadikan bahan memutihkan kulit wajah anda. Hanya kisarkan setengah biji kentang yang setengah masak sehingga halus.

Kemudian masukkan kentang terbabit ke dalam mangkuk dan campurkan kentang tadi dengan satu sudu susu segar dan juga satu sudu tepung beras. Kacau bahan-bahan tadi sehingga rata. Sapukan bahan yang telah rata tadi pada muka dan dibiarkan selama 15-20 minit. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesannya

 

Baca Juga: Masker Telur

 

  • Petua Ketujuh

Ambil sebiji timun dan diparut isi dalamnya. Kemudian campurkan bersama 1/2 biji air perahan limau nipis berserta dengan sedikit bedak sejuk. Gaulkan hingga sebati dan pakai pada muka tiap-tiap malam seperti anda sedang pakai masker.

Biarkan kering dulu. Apabila sudah kering bolehlah dibasuh muka dengan air sehingga bersih. Insyaallah muka akan jadi lebih cerah, bersih dan segar.

 

Kesimpulan

Semua petua ini menitik-beratkan penggunaan ramuan bahan asli yang lebih baik dan selamat daripada menggunakan krim pencerah yang kadangkala mengandungi pelbagai bahan kimia sehingga memberi  kesan yang buruk kepada diri kita. Selamat mencuba!

 

<< Ingin tahu cara untuk mengecilkan perut anda yang nampak buncit itu? Baca di sini. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Mengatasi Masalah Sembelit Di Bulan Puasa

Next post

Resepi Ketam Telur Masin Paling Enak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

3 Comments

  1. August 22, 2017 at 12:35 pm — Reply

    makasih
    sangat bermanfaat artikelnya

    • February 11, 2018 at 2:49 pm — Reply

      sama-sama moga memberi manfaat. Thanks kerana membaca di media wanita evergreen semestinya women online magazine

    • May 4, 2019 at 12:49 pm — Reply

      Terima kasih puan dan teruskan menyokong kami!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *