CantikRambut

Petua Penjagaan Rambut Agar Tidak Kusam Dan Berbau

Emma_Maembong

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Banyak petua yang anda boleh amalkan di sini. Sila lah baca post ini>>

Petua Penjagaan Rambut

Untuk penjagaan rambut pasti anda sukakan rambut yang lebat. Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

1) Pilih syampu untuk penjagaan rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.

– Jika anda mempunyai rambut yang panjang pastikan anda menjaga sepenuhnya rambut anda. Jika tidak kemungkinan masalah kulit kepala akan berlaku. Faktor pemilihan syampu juga penting untuk rambut anda . Jika anda merasakan rambut anda gugur, pastikan anda hentikan penggunaannya serta-merta dan cuba mencari jenama lain yang lebih yakini.

2) Gunakan sikat rambut bergigi jarang.

– Jangan paksa rambut anda dengan sikat yang bergigi sempit, semasa anda menyikat rambut anda kadang-kadang anda berasa tersekat lalu terus sentap rambut anda. Amalan ini tidak baik sekali kerana ianya mendorong kepada masalah rambut gugur.

3) Memakai produk tambahan

-Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertudung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

Teruskan bersama kami pada post yang seterusnya.

P/S: Untuk kaedah cara moden dan lebih berkesan anda boleh membeli produk kecantikan yang di yakini halal.

Kredit foto : malaysiandigest

<< Ketahui Rahsia Kecantikan Wanita Korea Di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

14 Istilah Kecantikan Sering Diguna Pakai

Next post

6 Produk Kosmetik Berbahaya 2013

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *