CantikKulit

Petua Licinkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan

Petua Licinkan Kulit Muka - Women Online Magazine

Foto: kintakun

Ramai perempuan mahupun lelaki mengimpikan kulit muka yang cantik. Ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk membeli produk mahal dan istimewa untuk melicinkan kulit muka mereka. Suatu usaha yang konsisten dan betul harus dilakukan untuk untuk melicinkankan kulit muka.

Selain berbelanja mahal bagi mendapatkan kulit muka yang licin, lembut dan cerah, apa kata anda cuba mengamalkan petua tradisonal untuk melicinkan kulit muka.

Petua Licinkan Kulit Muka

  • Campurkan tepung sagu dengan air. Kemudian sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk.
  • Parut sebiji ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering dan cuci muka dengan air suam. Amalkan setiap malam.
  • Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  • Parut sebiji ubi kentang.Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  • Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar tepung. Sapukan campuran tadi ke muka anda. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam.
  • Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka dan urutkan kulit muka perlahan-lahan. Kemudian basuh dengan air suam.
  • Kisar 5 kuntum bunga Cempaka dan 5 kuntum bunga Melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk.Sapukan pada muka pada setiap malam.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan. Biarkan selama tiga minit kemudian bilas bersama air suam.

<< Ketahui kebaikan garam bukit yang boleh meremajakan kembali kulit anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Masak Lemak Pucuk Ubi ‘Pukau’ Selera

Next post

Ketahui Penyebab Anak Anda Kerap Terkencing Di Malam Hari

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *