CantikKulit

4 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah

Petua Hilangkan Jeragat - woman online magazine

Kredit Foto : web

Petua Hilangkan Jeragat.Anda mengalami masalah jeragat di muka? Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan oleh melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda ataupun coklat tua.

Adakalanya ia berwarna hitam sekelompok, samada di pipi, dahi ataupun dagu. Jeragat boleh disamarkan, jika anda tahu petua hilangkan jeragat yang berkesan.

Cara Untuk Menghindari Masalah Jeragat

  1. Elakkan Terdedah Kepada Cahaya Matahari
  • Melindungi diri terhadap sinaran matahari untuk mencegah munculnya bintik-bintik hitam atau untuk mencegahnya daripada terus menjadi semakin banyak. Hindari matahari ketika sinarnya yang paling berbahaya, iaitu sekitar jam 10:00 pagi – 3.00 petang
  • Memilih krim pelindung sinar matahari: Pastikan anda memilih Sun Protection Factor (SPF) minimal 20 atau 30, jika anda memiliki kulit yang putih cerah.

 

  1. Masalah Penuaan
  • Hydrate diri anda dengan sebaiknya. Minum air putih secara teratur, paling kurang lapan gelas sehari.
  • Menyapu krim pelembab ke bahagian-bahagian yang terdedah kepada sinaran matahari secara rutin.

 

  1. Penggunaan Produk Kosmetik
  • Gunakan produk pembersih dan kecantikan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda.
  • Untuk membantu anda mengurangkan jeragat dan untuk membuatkan tona kulit anda kembali sekata, sapukan produk perawatan kulit depigmentasi yang tepat dan sesuai dengan jenis kulit anda. Di samping itu, gunakan produk pemutih kulit yang bebas daripada bahan kimia.

 

  1. Pilih Gaya Hidup Sihat
  • Pilih makanan yang seimbang, bervariasi dan secukupnya.
  • Hindari merokok.

 

Baca Juga: Tips Mudah Berhenti Merokok

 

Berikut adalah petua hilangkan jeragat yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

  • Petua Hilangkan Jeragat Menggunakan Kentang

Masker kentang dikatakan cukup berkesan untuk menghilangkan kesan-kesan hitam atau coklat pada kulit. Anda cuma perlu mengiris kentang dan menggosok hirisan tersebut pada wajah dan biarkan selama 10 minit. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, anda boleh mengandingkannya bersama perahan limau nipis.

 

Ini adalah petua hilangkan jeragat paling efektif.Buatlah pasta daripada yogurt, perahan limau nipis dan madu. Sapukan campuran ini ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci wajah hingga bersih.

 

  • Petua Hilangkan Jeragat Menggunakan Lidah Buaya

Ambil daun lidah buaya, lenyek gelnya dan gunakan sebagai masker pada wajah. Ini adalah petua terbaik untuk menyingkirkan masalah jeragat pada kulit.

 

  • Petua Hilangkan Jeragat Menggunakan Lemon Dan Gula Pasir

Petua hilangkan jeragat menggunakan lemon dan gula sebagai skrub semulajadi memang harus anda cuba. Ini adalah cara terbaik untuk menghapuskan noda-noda coklat atau hitam pada kulit, sekaligus membersihkan wajah anda.

<< Ketahui enam jenis makanan yang menjadi punca jerawat di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Punca Utama 'Perang Dingin’ Terjadi Dalam Perhubungan

Next post

5 Jenis Kawan Yang Tak Rugi DiMiliki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *