CantikKulit

Muka Lebih Licin Dengan 10 Bahan Pemutih Muka Semulajadi

Pemutih muka - woman online magazine

Kredit Foto : everydayme

Pemutih Muka. Siapa yang tak nak muka putih, bersih dan cantik berseri? Semua nak kan, lebih-lebih lagi kita nie kaum wanita.

Biasanya apa yang menganggu wajah kita jika warna kulit tidak sekata, berjerawat, pigmentasi dan berbintik-bintik hitam.Jadi, penggunaan produk pemutih muka adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan ini.

Produk pemutih muka yang disarankan di sini adalah menggunakan bahan-bahan semulajadi, selamat dan bebas daripada bahan kimia yang merosakkan kulit wajah. Penggunaan pemutih muka semulajadi ini memerlukan waktu yang agak lama sedikit untuk mendapatkan hasil yang nyata, namun ia adalah pilihan terbaik buat anda yang memiliki kulit muka sensitif.

Berikut beberapa bahan pemutih muka secara semulajadi wajib anda cuba. Biarpun tidak menunjukkan hasil yang pantas, namun dengan melakukannya secara rutin anda pasti melihat hasilnya yang cukup mengagumkan. Paling penting, selamat dan kulit wajah anda terpelihara kecantikan semulajadinya.

Pemutih Muka Semulajadi

  1. Limau Nipis Dan Tomato

Sapukan campuran tomato (yang telah diramas-ramas hancur) dengan perahan limau nipis ini. Pemutih muka semulajadi menggunakan limau nipis cukup berkesan dan anda boleh segera melihat hasilnya jika dilakukan secara rutin tiga kali seminggu.

 

  1. Minyak Zaitun Dan Gula Pasir

Campuran minyak zaitun dan gula pasir juga boleh dijadikan pemutih muka semulajadi. Anda cuma perlu menggosokkan wajah anda dengan skrub gula pasir secara teratur. Sebaiknya dua kali seminggu.

 

Baca Juga: Makser Telur

 

  1. Mentimun, Lemon Dan Tepung Beras

Hancurkan sedikit mentimun dengan alat pengisar. Kemudian masukkan sedikit air perahan lemon ke dalamnya. Isi ke dalam sebuah mangkuk.Setelah itu, masukkan tiga sudu makan tepung beras. Gaul sebati dan jadikan ia seperti masker. Pakailah secara teratur dua kali seminggu.

 

  1. Kunyit Dan Limau Nipis

Kunyit adalah pemutih kulit yang baik, tetapi pastikan anda tidak menggunakan kunyit segera jika mahu menerapkannya pada kulit muka. Ia boleh menyebabkan ruam dan alergi. Sebaiknya gunakan kunyit hidup, kisar menggunakan blender dan tambakan sedikit air perahan limau nipis. Gaul sebati dan jadikan ia pasta sebagai pemutih muka anda. Lakukan secara rutin, dua kali seminggu.

 

Nota Kaki: Jom SHARE artikel ini dengan kawan-kawan biar mereka juga tahu rahsia pemutih muka semulajadi ini.

<< Ketahui tips mencerahkan wajah kusam di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Terbaik Mengatasi Tekanan Perasaan Yang Dialami

Next post

6 Koleksi Jubah Muslimah Terbaik Buat Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *