CantikKewanitaanSihatWanita

Payudara Besar Sebelah Petanda Awal Kanser?

payudara mantap - women online magazine

Payudara merupakan aset atau bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada diri seorang wanita.

Lebih lagi, satu-satunya fungsi payudara ialah menghasilkan dan mengalirkan air susu kepada anak yang baru lahir. Dalam masyarakat, payudara juga memainkan peranan penting sebagai simbol seksual.

Sebagai simbol seksual, payudara dapat merangsang  wanita dan lelaki dalam hubungan seksual. Malahan, ada di antara mereka, baik lelaki mahupun wanita yang dapat mencapai kepuasan dengan hanya rangsangan payudara dan puting sahaja.

Sungguhpun begitu, ada ketikanya payudara dapat menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan atau bahkan lebih buruk daripada itu. Misalnya, waktu berlari, menjadi bahan perhatian yang tidak diinginkan, perlecehan seksual dan sebagainya.

Ketakutan yang berkaitan dengan payudara adalah hal umum. Daripada ketakutan sederhana tentang ukuran dan bentuk payudara mantap atau pun tidak, sehingga ketakutan yang paling menganggu iaitu kanser payudara. Dalam masyarakat kita, payudara merupakan bahagian yang kompleks dan penting pada tubuh seorang wanita.

Payudara mantap ataupun tidak, tetap mempunyai ukuran dan bentuk yang berbeza-beza – kecil, besar, kendur dan sebagainya. Ramai wanita yang mengeluh kerana ukuran payudaranya kecil dan takut akan mengganggu pada saat menyusui, atau ada juga yang mengeluh kerana payudara tidak mantap, ukuran payudaranya berbeza antara kiri dan kanan.

Sebenarnya perkara ini adalah normal, di mana sebelah payudara berbeza bentuk dan ukurannya daripada payudara yang satu lagi dalam diri seorang wanita, asalkan perbezaan ini tidak ekstrem sekali.

Puting susu juga mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeza-beza. Sama halnya, areola (daerah yang lebih hitam di sekeliling puting) dapat besar atau kecil, putih atau hitam, dan berbeza dari satu payudara dengan payudara lainnya pada wanita yang sama.

Setiap perempuan dianugerahi bentuk dan ukuran payudara yang berbeza-beza. Sukar untuk mengatakan bahawa yang satu lebih baik dari lainnya atau yang satu akan berfungsi baik dalam menyusui dan yang lain tidak. Masalah yang kerap timbul, bukan terletak pada payudaranya sendiri melainkan pada fikiran si empunya payudara.

Setiap payudara samada mantap ataupun tidak, memiliki keindahan tersendiri dan setiap lelaki mempunyai persepsi yang berbeza tentang payudara yang indah. Malah, besar payudara (baik kecil mahupun besar) akan berfungsi dengan baik apabila tiba saatnya untuk menyusui. Ada keadaan-keadaan tertentu yang memang dapat menimbulkan gangguan pada saat menyusui seperti puting yang terbenam dan gangguan produksi air susu. Ada juga masalah lain seperti infeksi pada payudara, kanser payudara, timbulnya payudara lebih dari dua dan lain sebagainya. Masalah-masalah seperti ini tentu saja harus ditangani secara tepat oleh doktor yang terlatih.

Risiko Jika Puting Masuk Ke Dalam

Hati-hati jika  payudara anda khususnya puting tertarik masuk ke dalam. Penyakit tersebut biasanya ditandai dengan pertumbuhan jaringan berserabut dan ketumbuhan. Semua itu boleh anda ketahui setelah membuat pemeriksaan doktor.

Anda akan menemui  benjolan berukuran seperempat di payudara kanan anda. Misalnya, puting susu terbenam  ke dalam dan anda sudah menjalani pemeriksaan mamografi. Puting yang tertarik masuk, atau lekuk nyata pada kulit yang menutupi benjolan, menandakan bahawa benjolan itu tertanam; maksudnya, benjolan itu menempel pada jaringan sekeliling. Situasi ini  lebih menunjukkan anda  mungkin terkena  kanser.

Benjolan dan ketumbuhan yang tidak berbahaya sering kali tidak tetap; mereka bergerak bebas di bawah kulit. Kanser sering  menjalar ke daerah-daerah yang mengelilinginya.

Sungguh pun begitu, tidak semua keadaan puting yang tertarik ke dalam bermakna kanser kerana ramai wanita yang memiliki puting yang sebegitu seumur hidup mereka. Bahkan, jika hal itu terjadi baru-baru ini, sekali lagi, itu bukanlah kanser, tetapi mungkin disebabkan oleh faktor-faktor  lain. Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Info Ekstra!

Tips Mendapatkan Payudara Mantap

  • Senaman Yoga

Anda boleh melakukan senaman yoga, namun anda perlu menenangkan fikiran anda terlebih dahulu sambil menarik nafas anda dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Setelah itu, depakan kedua lengan separas bahu, dan gerakkan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.  Berhenti seketika, dalam lima saat dan kemudian sambung kembali dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri pula yang ke atas. Lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.

  • Jangan Ramas Payudara!

Anda dinasihatkan agar tidak meramas-ramas payudara ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan. Situasi ini boleh membuatkan payudara anda menjadi lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi, anda perlu mengingatkan suami tentang perkara ini.

  • Khasiat Minyak Aromaterapi

Minyak aromaterapi yang digunakan untuk mengurut boleh menganjalkan atau memantapkan payudara. Sentuhan lembut serta urutan sempurna mampu merangsang saluran darah  di payudara. Teknik urutannya, mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Minyak aromaterapi ini lebih efektif serta mudah menyerap ke dalam saluran payudara.

Kredit foto: huffpost 

<< Ketahui cara untuk membesarkan payudara. Baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Panduan Bela Kucing Agar Berbulu Lebat & Sihat

Next post

Semak, 5 Petanda Membuktikan Anda Kurang Rehat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *