CantikDietSihat

8 Cara Diet Ketika Puasa

diet ketika puasa - women online magazine

Kredit Foto: nommomagazine

Anda hendak kurus sebelum raya ? Jom dapatkan tips diet ketika puasa di sini supaya anda boleh tampil langsing sebelum berhari raya.

Puasa turut membuka ruang untuk anda jadi bertambah gemukPengambilan makanan yang berlebihan, dan kurang melakukan aktiviti sampingan  boleh mengundang penambahan berat badan.

Ketika berpuasa metabolisme  tubuh turut menurun sehingga pembakaran kalori menjadi lebih sedikit. Tambahan pula, saat berpuasa biasanya terjadi pergeseran antara sumber energi dan lemak. Lemak itu sendiri merupakan sumber energi kedua yang lebih mudah diolah daripada protein.

Apakah yang harus anda lakukan supaya tidak terjadi penambahan berat badan sepanjang berpuasa? Cuba amalkan diet ketika puasa ini dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan tubuh yang langsing.

1.Bersahur dengan makan tinggi protein

Kalori daripada karbohidrat terbakar lebih cepat daripada protein. Rasa lapar tidak boleh dihindari sepanjang berjam-jam berpuasa, tetapi anda boleh menundanya dengan makan makanan yang kaya dengan protein ketika bersahur dan karbohidrat kompleks yang tinggi serat seperti nasi merah, oatmeal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

2.Makan secara perlahan-lahan dan jangan makan berlebihan

Diet ketika puasa akan menjadi lebih berjaya jika anda berbuka puasa dengan cara ala kadar. Berbuka untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh, dan bukannya memuasakan rasa lapar atau membalas dendam setelah anda seharian berpuasa.

3. Perbanyakan minum air putih ketika berbuka puasa.

Mudah untuk anda mengalami dehidrasi jika tidak minum air secukupnya sepanjang bulan puasa ini. Ketika berbuka miumlah dua gelas air putih sebelum makan menu berbuka anda.

Baca Juga: Diet Air Putih

4.Hadkan pengambilan makan manis

Makanan dan minuman manis diperlukan ketika berbuka puasa untuk mengembalikan kadar gula darah dalam tubuh agar kembali normal dengan cepat. Tetapi hadkan pengambilan kuih, kek, sirap dan makanan manis yang lain setelah berbuka dan bersahur.

Karbohidrat sederhana yang terkandung di dalamnya akan membuatkan tubuh menjadi gemuk dengan cepat. Ini adalah kerana karbohidrat ini mudah disimpan, dan tubuh jadi berlemak. Minum air akan membantu anda mengisi perut serta mengurangi keinginan untuk terus memakan makanan manis.

3 suplemen terbaik  dimakan apabila anda mahu melakukan diet ketika puasa:

5. Protein

Jika adan kurang mengambil makanan cukup protein, anda boleh mendapatkannya melalui suplemen protein. Ia boleh menjadi sumber nutrisi utama yang baik dan bagus diambil ketika bersahur dan berbuka puasa.

6. Mineral

Bukan hanya protein, mineral juga merupakan nutrisi penting yang perlu diberikan perhatian ketika berpuasa. Salah satunya adalah kalsium. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan rasa lemah, letih ataupun lesu dan menurunnya daya ketahanan tubuh.

7. Vitamin

Keperluan vitamin tubuh akan meningkat ketika berpuasa. Vitamin C, E, D sangat penting diambil pada setiap hari sepanjang berpuasa bagi membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh. Vitamin E bekerja sebagai antioksidan dan mencegah kulit kering. Vitamin D pula mampu meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral yang sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh ketika berpuasa. Ia turut meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Baca Juga: Manfaat Vitamin D

8. Senaman ringkas yang boleh anda lakukan;

  • 10-15 pushup
  • 10-15 squat
  • 1 minit jumping jacks
  • 10-15 bench dips
  • 10-15 lunges
  • 1 minit jogging setempat

Jangan lupa SHARE artikel ini. 

<< Jom ketahui punca berat badan naik mendadak di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Kebaikan Pemakaian Barut Bayi

Next post

5 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Mengatasi Kesedihan Hati

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *