CantikKulit

Atasi Masalah Muka Berjerawat & ‘Hitam’ Ketika Mengandung

Cara Menjaga Muka - women online magazine

Mempunyai wajah yang cantik adalah impian setiap kaum hawa. Namun, anda harus berhati-hati dalam merealisasikan impian tersebut.

Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutamanya ketika hamil.Cara menjaga muka yang salah boleh menyumbang kepada kemudaratan dan akan mempengaruhi kecantikan kulit wajah selepas melahirkan. Siapa yang tak nak kelihatan cantik dan menawan walaupun ketika hamil.Kehamilan adalah suatu tempoh ketika tubuh wanita mengalami banyak perubahan dan turun naik hormon. Perubahan keseimbangan hormon ketika kehamilan boleh mencetus masalah kulit yang serius.

Jadi, WOM.my ingin berkongsi ccara menjaga muka khususnya buat wanita yang hamil. Memang benar bahawa penjagaan kulit semasa menjalani kehamilan sangat berbeza berbanding ketika dalam keadaan normal. Ada yang wajahnya kelihatan lebih bersinar, cerah, dan berseri-seri kerana aktifnya peredaran darah di bawah kulit sehingga membuat pipi kelihatan merona kemerahan. Bersyukurlah para ibu hamil yang tidak mempunyai masalah dengan kulit wajah kerana tidak memerlukan rawatan khusus.

Namun ada juga yang mengalami masalah dengan kulit wajahnya, seperti jerawat dan flek pada wajah. Rawatan khusus  diperlukan agar tidak berlanjutan sehingga mengganggu penampilan dan mengurangkan keyakinan diri. Hormon ‘androgen’ dan kandungan cecair dalam tubuh, merupakan dua faktor utama yang berperanan dalam timbulnya jerawat ketika hamil. Ia menyebabkan peningkatan hormon ‘progesteron’ semasa mengandung sehingga kelenjar minyak di kulit menjadi lebih besar.

  • Jerawat ketika hamil

Wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah berhati – hati dengan ubat – ubatan yang dibeli dari farmasi. Ini kerana tidak semua ubat yang digunakan sesuai untuk ibu hamil. Ubat- ubatan tersebut boleh memberikan kemudaratan kepada bayi.

  • Pelembab muka ketika hamil

Anda boleh menggunakan pembersih atau pelembab kulit akan tetapi jangan mencuci wajah anda lebih dari dua kali sehari untuk mencegah kulit kekeringan. Gunakan pelembab yang bebas minyak seperti UVA dan UVB matahari dengan SPF (sun protection factor) sekurang-kurangnya SPF15.

SPF 15 bermaksud kemampuan produk tersebut untuk melindungi kulit dari terkena cahaya matahari lebih kurang selama 150 minit. Gunalah produk dengan pelindung UV untuk membantu menjaga kulit dari sinaran matahari.Bacalah label dengan teliti pada trimester pertama anda, elakkan semua produk penjagaan kulit dengan exfoliant kimia dan yang mengandungi salisilat, Glycolic, BHA (Butylated hydroxyanisole) dan AHA (alpha hydroxy acid). Memakai tabir suria ketika berada di luar merupakan pilihan yang bijak.

  • Kulit Kering dan Rasa Gatal Semasa Mengandung

Masalah kulit kering dengan rasa gatal yang sering dialami semasa hamil sangatlah mengganggu apatah lagi dengan keadaan fizikal yang tertekan. Untuk mengatasi hal ini, anda boleh gunakan pelembab ketika mencuci wajah. Elakkan produk anti gatal yang mengandungi ‘kortison’ atau ‘hidrokortison’. Minumlah banyak air, ini akan membantu menjaga kulit dari kekeringan.

  • Jaga Imbangan pH Kulit Semasa Mengandung

Anda boleh menjaga keseimbangan pH kulit ketika hamil dengan menggunakan pelembap tambahan dengan pH seimbang. Ini akan membantu menjaga kecerahan kulit semasa mengandung.

  •  Penggunaan Gincu

Bahan seperti timbal ditambah ke dalam gincu untuk membuat warna tahan lama. 61% daripada gincu diuji mengandungi timbal dan ramai yang mengambil mudah akan hal ini kerana gincu tidak ditelan. Namun bahan ini tidak selamat digunakan ketika hamil.

 

Tips Memilih Krim Penjagaan Wajah Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

TIPS 1:

Selalu perhatikan komposisi pada krim rawatan wajah tersebut, terdapat beberapa bahan berbahaya yang perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada wajah bahkan berbahaya bagi si bayi yang sedang dikandung. Antara kandungan bahan kimia yang berbahaya ialah:

  • Hydroquinon

Jika krim tersebut mengandungi hydroquinone, kulit akan menjadi kemerahan sehingga kelihatan tompok hitam pada wajah.

  • Mercury

Mercury boleh berisiko pada pertumbuhan sel saraf bayi dalam kandungan.

  • Retinoid

Bagi krim yang mengandungi retinoid, bahan tersebut boleh menjadikan cacat terhadap janin.

  • Benzoil Peroksida

Benzoil peroksida adalah sebatian organik yang mempunyai sifat ‘bleaching’ (pemutihan) yang banyak digunakan dalam pewarna rambut dan produk pemutihan gigi dan dapat mencacatkan bayi.

  • Accutane

Accutane boleh menyebabkan cacat ketika lahir dan mengancam jiwa jika ibu mengambil ubat tersebut semasa hamil. Bahkan salah satu dos Accutane boleh menyebabkan cacat lahir utama dari telinga bayi, mata, wajah, tengkorak, jantung, dan otak. Jangan gunakan Accutane jika anda sedang hamil.

  • Paba

Bahan ini adalah kontra dari krim-krim pemutih. Ia memberikan hasil tan atau kesan tanning kerana berfungsi menyerap sinar ultra ungu. Bahan ini banyak terdapat pada produk kecantikan yang berfungsi sebagai pelindung matahari.

TIPS 2:

Jangan selalu menukar krim rawatan wajah sama ada krim pemutih wajah atau krim rawatan wajah yang lain. Hal ini untuk mencegah iritasi dan alergi pada wajah anda.

TIPS 3:

Bersihkan wajah anda sebelum memakai krim rawatan wajah, kerana biasanya krim tersebut tidak akan berkesan jika wajah anda masih kotor.Selain keempat tips di atas, tips-tips lain yang secara semulajadi boleh kita lakukan ialah:

  • Bersihkan wajah dua atau tiga kali sehari menggunakan pembersih wajah lembut dan bebas minyak. Basuhlah wajah menggunakan air suam, dan keringkan dengan lembut dan gunakan pelembab wajah bebas minyak. Jangan mengeringkan wajah dengan cara menggosoknya, tetapi menepuk-nepuknya secara lembut.
  • Jika tangan anda kotor jangan sekali-kali menyentuh jerawat dengan tangan yang kotor. Selalu bersihkan wajah dengan lembut dengan tujuan mencegah penyebaran bakteria penyebab jerawat ke bahagian tubuh lain.
  • Jangan sekali-kali menekan atau menggaru jerawat, hal ini boleh menyebabkan terjadinya parut akibat jerawat
  • Selalu makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum enam hingga lapan gelas air putih sehari dan terapkan pola makan sihat.
  • Rajin mengambil vitamin B6 yang ada dalam kuning telur, ikan, daging, bijirin, susu, daging ayam, dan pisang.
  • Gunakan span atau kapas ketika menggunakan toner atau make up.

Selamat mencuba!

Kredit foto: ko-te

<< Teringin untuk memakai bulu mata palsu? Ketahui tekniknya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

UPSR 2014 Penuh Tragik

Next post

Biar Muka Tak Berapa Cantik, Asalkan Gigi Putih, Bersih & Menawan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. August 22, 2015 at 2:06 pm — Reply

    Terdapat banyak bahan kimia merbahaya dalam krim muka sekarang. Oleh itu ibu hamil perlu memilih krim organik

    • August 23, 2015 at 3:30 pm — Reply

      Pengguna perlu lebih bijak ketika memilih dan membeli.Tak kira wanita hamil ataupun tidak. Jangan pakai ‘pejam mata’ sahaja semata-mata hendak cantik.Banyak risiko yang menanti di kemudian hari…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *