CantikKulit

Kulit Jadi Lebih Cantik Dengan Manfaat Oatmeal

manfaat oatmeal - woman online magazine

Kredit : yesvegetarian

Manfaat Oatmeal. Anda bukan sahaja jadi lebih sihat, bahkan kandungan nutrisi yang terdapat pada oatmeal cukup bagus untuk menjaga kecantikan wanita.

Berikut beberapa manfaat oatmeal untuk kecantikan. Antaranya: 

 

1. Jika anda berhadapan dengan kulit kepala berminyak, cubalah pakai syampu oatmeal yang boleh anda buat sendiri. Kisar oatmeal, dan campurkan dengan baking soda. Sapukan campuran tersebut pada kulit kepala, biarkan selama 15 minit, setelah itu bilas dengan air bersih.

 

2. Oatmeal boleh menghilangkan jerawat. Ini adalah kerana oatmeal boleh menyerap minyak yang menyebabkan kulit berminyak.

 

3. Masalah kulit tangan kering dan kasar boleh di tasi dengan manfaat oatmeal. Caranya cukup mudah, anda hanya perlu menggosokkan oatmeal dengan campuran air pada tangan.Jika dilakukan secara rutin, dijamin tangan anda akan halus dan lembut.

 

4. Atasi masalah tumit kaki pecah-pecah dengan skrub oatmeal. Basahkan kaki anda terlebih dahulu, kemudian gosoklah dengan oatmeal. Lakukan secara rutin agar hasilnya lebih sempurna.

 

5. Kandungan yang terdapat pada oat mampu menjaga kelembapan kulit sekaligus mengangkat sel-sel kulit mati yang melekat di kulit. Anda boleh membuatnya sendiri, ambil segengam oat organik, kemudian campurkan dengan air panas suam secukupnya. Gaul rata sehingga adunan menjadi seperti pasta. Kemudian sapukan masker oatmeal tersebut di wajah dan urut perlahan lahan. Biarkan selama 20 minit, kemudian barulah basuh muka anda dengan air suam.

<< Ketahui punca terjadinya bintik-bintik hitam di wajah di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Rahsia Cantik Dengan Buah Betik

Next post

Sambutan Bulan Play-Doh® Julung Kali Ini Bakal Bentuk Komuniti Ceria

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *