CantikSolekan

Teknik Cantik Make Up Untuk Kulit Gelap

Make Up Untuk Kulit Gelap - Woman Online Magazine

Kredit: spirit

Make Up Untuk Kulit Gelap. Anda wanita yang memiliki kulit gelap dan ingin tahu cara make up yang sesuai untuk anda? Baca di sini!

Walaupun anda berkulit gelap, itu tidak bermakna anda tidak boleh nampak cantik setelah memakai make up.Cara make up yang betul dan sesuai ataupun serasi dengan warna kulit anda mampu merubah penampilan anda menjadi lebih mempersonakan.

Berikut tips make up untuk kulit gelap yang boleh anda praktik.

 

Langkah 1

Pilih gaya solekan yang tidak jauh dengan warna kulit yang gelap itu.Jangan sesekali cuba mengubah warna kulit gelap anda itu untuk tampil cerah dengan memakai foundation atau bedak yang tebal. Anda akan nampak seperti badut!

 

Langkah 2

Jika anda suka memakai foundation atau alas bedak, gunakan yang warnanya mengarah pada tona kuning langsat.Jika inginkan kulit lebih gelap,pilihalah alas bedak dengan dasar biru gelap. Hindari warna dasar kemerahan kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan seperti terbakar. Pilihlah bedak dengan warna yang setingkat lebih gelap dari kulit atau setingkat lebih muda daripada warna kulit. Sapukan pada seluruh wajah, telinga dan juga leher.

 

Langkah 3

Untuk pemerah pipi, pilihlah warna apricot ataupun peach. Tetapi jika kulit anda lebih gelap, sebaiknya pakai pemerah pipi tona keemasan yang dipadukan sedikit dengan warna coklat pekat.

 

Langkah 4

Baurkan eyeshadow atau pembayang mata dengan warna lembut seperti bronze, kuning muda dan coklat pekat.Kombinasi warna tersebut akan meninggalkan efek yang lebih fresh.

 

Langkah 5

Pilih lipstik yang paling dekat dengan warna kulit anda seperti coklat susu, pink lembut, plum gelap. Jika anda suka memakai lipgloss, pilih warna coklat pekat.

 

Take Note!

Memakai make up atau bersolek, bukan bermakna mengubah warna kulit. Sebaliknya menutupi kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada wajah. Hindari pemakaian warna kontras pada eyeshadow, pemerah pipi dan juga warna lipstik jika anda tidak mahu kelihatan seperti badut!

<< Ketahui cara berkesan mengatasi kulit kusam dan kasar di sini.

Previous post

5 Tips Cepat Tidur

Next post

12 Cara Hilangkan Parut Jerawat Cepat Dan Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *