CantikDietSihat

8 Jenis Makanan Yang Menggemukkan

makanan yang menggemukkan - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Makanan Yang Menggemukkan. Jika tak nak berat badan anda bertambah naik, hati-hati dengan lapan jenis makanan yang menggemukkan ini.


Jika tidak boleh menyingkirkannya daripada menu pilihan anda, cubalah gantinya dengan jenis yang rendah kalori serta bebas lemak. Tak pun, kurangkan kekerapan ‘menyantapnya’.

 

Berikut adalah lapan jenis makanan yang menggemukkan anda jika tidak dikawal pengambilannya. Semak!

1.Minuman berkarbonat

Biarpun mendatangkan kesegaran sesat, namun minuman yang menjadi kegemaran ramai ini sama sekali tidak mempunyai nila-nilai nutrisi. Tetapi, ia kaya dengan kandungan gula, sodium dan kalori.

 

2. Aiskrim

Sungguh nikmat! Namun, aiskrim merupakan sajian yang amat tinggi kandungan lemak, gula dan kalori. Anda yang sedang berdiet, eloklah berfikir dua tiga kali terlebih dahulu sebelum mahu menikmatinya!

 

Baca Juga: Cara Mengawal Makan Makanan Manis

 

3. Mayonis

Mempunyai kandungan lemak di dalamnya. Jadi, sebaiknya pakai sedikit sahaja jika anda mahu menikmatinya.

 

4. Kopi Segera

Tahukan anda bahawa secawan kopi segera itu mengandungi lebih daripada 39 lemak? Jika tidak mahu tubuh anda menjadi timbunan lemak, kira dengan teleiti berapa jumlah kalori daripada kopi segera yang telah masuk ke dalam tubuh anda?

 

Baca Juga: Bahaya Minum Kopi

 

5. Daging Olahan

Sosej dan segala jenis daging olahan mengandungi lemak yang tidak baik. Kadarnya begitu tinggi, sama banyak dengan kadar garam yang terkandung di dalamnya.

 

6. Makanan Segera

Di antaranya burger dan kentang goreng  Kandungan lemaknya sangat tinggi, begitu juga dengan kalorinya.

 

Baca Juga: Bahaya Makanan Segera

 

7. Krim

Whipped cream yang sering dipakai sebagai penghias pada jus strawberi dan dressing salad, mengandungi lemak tnggi, dan akan menjadi kalori tinggi jika dicampur dengan makanan sihat anda. Sebaiknya, jika anda sedang memakan makanan sihat, sebaiknya tidak dicampur dengan aneka krim atau topping.

 

8. Kerepek Kentang

Jajan yang ranggup ini merupakan salah satu makanan yang paling besar potensinya untuk membuatkan anda gemuk kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Belum kira lagi kandungan lemak dan gulanya, sehingga jumlah kalorinya menjadi lebih tinggi.  Di samping itu, kerepek-kerepek kentang ini juga mengandungi bahan pengawet, perasa dan pemanis buatan yang cukup jelas tidak baik untuk kesihatan tubuh.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mahu menurunkan berat badannya.

<< Jom ketahui pula cara diet berkesan tanpa makan nasi di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Panduan Buat Ibu Mengandung Berpuasa

Next post

10 Rahsia Kejelitaan Wanita Dengan Khasiat Limau Purut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. June 10, 2014 at 11:56 am — Reply

    Mustahil tak makan semua tu…heee, nak tak nak mesti kena kawal.

  2. […] Jika anda berjaya menurunkan berat badan sepanjang bulan puasa yang lalu, anda wajar mempertahankannya. Jangan rosakkan bentuk tubuh anda yang ideal itu semata-mata tidak tahan untuk mengawal godaan maka… […]

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *