CantikDietSihat

Segera, Turunkan Berat Badan Anda Dengan 6 Pilihan Makanan Ini!

makanan sihat - women online magazine

(Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Sekalipun anda ingin kurus, bekerja dan makan harus seimbang. Tambahan pula, seharian tubuh yang dipaksa bekerja tentulah penat. 

Jadi, anda perlu makan dan minum untuk mendapatkan kembali energi yang telah hilang. Bagi anda yang yang sedang berdiet, pengambilan makanan yang sihat perlu diatur. Salah satu caranya dengan menitikberatkan soal rendah atau tingginya kalori yang terdapat dalam makanan tersebut..

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah jenis makanan rendah kalori yang menjaga kesihatan tubuh. Keperluan kalori pada lelaki dan wanita juga berbeza, dan jumlahnya ditentukan oleh keperluaan masing-masing. Jika anda sedang berusaha untuk kurus, sebaiknya jangan mengambil kurang daripada 1.500-1.800 kalori sehari.

Buat anda yang ingin menurunkan berat badan atau tampil lebih langsing, ayuh, pilih makanan sihat yang termasuk dalam kategori makanan rendah kalori ini.

1.Sayuran Hijau

Terdapat banyak jenis sayuran yang rendah kalori, namun kaya dengan nutrisi. Contohnya, lobak merah, brokoli, tomato, mentimun, seledri, daun bawang dan juga bayam. Ia akan membantu tubuh menggunakan kalori yang lebih besar daripada yang dimakan dan membuatkan usus kita berfungsi dengan baik. Perkara ini membuatkan bentuk tubuh kita menjadi lebih ideal untuk proses penghadaman.

makanan sihat - women online magazine (1)

2. Buah-buahan

Buahan-buahan seperti tembikai, oren, lemon, strawberi, peach, rasberi dan blueberry termasuk dalam makanan berkalori rendah. Selain itu, epal juga merupakan buah yang sangat popular untuk diet. Ia mengandungi sekitar 65 kalori serta banyak vitamin dan mineral yang sangat baik untuk keishatan jantung, terutama vitamin C, K dan potassium. Di samping itu, melon juga bagus untuk diet anda. Sepotong melon memliki sekitar 88 kalori. Melon banyak mengandungi air, sehingga kandungan kalorinya rendah.

makanan sihat - women online magazine (3)

3.Keluarga Kacang

Kacang-kacangan seperti kacang panjang, kacang merah  dan kacang buncis mengandungi 25 kalori dalam setiap penyajian. Misalnya, kacang almond myang mampu memberikan rasa kenyang dan nutrisi buat tubuh. Kacang almond merupakan kudapan yang tepat pada malam hari  kerana kandungan kalorinya rendah. Jika anda makan kacang almond sebanyak 13 atau 14 biji, ia hanya memberikan anda sebanyak 98 kalori.

4. Rempah-Ratus

Segar atau dikeringkan rempah-ratus ini membantu proses menurunkan berat badan anda. Lupakan sos dan salad dressing yang mengandungi lemak dan gunakan rempah yang sama lazat, namun mengandungi kalori yang jauh lebih sedikit. Misalnya, seulas bawang putih hanya mengandungi empat kalori, namun berupaya membuatkan makanan menjadi lebih sedap. Manakala kayu manis pula mengandungi enam kalori, boleh menjadikan rasa masakanan anda lebih bervariasi. 

makanan sihat - women online magazine (2)

5. Keju Rendah Lemak

Diet yang baik dan sihat disarankan untuk mengurangi kadar kalori yang diambil. Jadi, sebab itulah anda digalakkan pilih makanan yang rendah kalori tetapi tetap berzat dan memiliki rasa yang enak. Keju cheddar rendah lemak hanya mengandungi 20 hingga 40 kalori pada setiap kepingannya, bergantung pada seberapa besar potongan dan berapa banyak keju yang anda ambil.

6. Putih Telur Rebus

Putih telur merupakan salah satu makanan dengan kadar kalori yang rendah iaitu sebanyak 16 kalori. Jadi, anda tetap dapat memakan dua atau lebih putih telur tanpa perlu bimbang dengan jumlah kalori yang diambil. Untuk mendapatkan energi yang cukup, sebaiknya anda ambil dua biji telur ketika bersarapan pagi.

<< Mencari menu diet sihat paling mudah? Salad Buah-Buahan adalah jawapannya! Klik sini untuk baca..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan Yang Wajib Anda Kunjungi

Next post

UPSR 2014 Penuh Tragik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 16, 2015 at 10:45 pm — Reply

    […] 1.Masalah Berat Badan […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *