CantikDietSihat

6 Makanan Pembakar Lemak Di Perut

makanan pembakar lemak - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Makanan Pembakar Lemak. Adakah anda pernah cuba mencari penyelesaian kepada masalah berat badan anda?

Apa kata hari ini anda cuba makanan pembakar lemak.Kelebihan berat badan atau obesiti merupakan masalah besar bagi sesetengah orang, terutama wanita yang mengambil berat tentang soal penampilan dan kecantikan.

Jadi, sebab itulah ramai yang mengalami krisis keyakinan diri dan sibuk mencari cara untuk menurunkan berat badan, termasuk mencari dan mencuba pelbagai jenis pil atau ubat pelangsing yang dijual di pasaran.

Adakah anda tersenarai dalam kategori wanita yang terjerat dalam masalah ini? Jika ya, alangkah baiknya jika anda memilih cara yang semulajadi agar kesihatan anda benar-benar terjamin.

Bersukan serta diet dengan pengambilan makanan sihat dapat membakar timbunan lemak di perut sehinga memberikan anda hasil perut yang rata. Namun, ia memerlukan proses yang panjang.

 

Berikut adalah 6 jenis makanan yang mampu membakar lemak, menstabilkan tahap kolesterol dan meningkatkan metabolisme sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan ‘ekstra’ yang tidak diingini dalam jangkamasa yang cepat.

1. Makan Oat Pada Waktu Sarapan Pagi 

Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ia mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.Amat sesuai jika di makan pada waktu pagi sebagai sarapan.

 

2. Makan Putih Telur Sahaja

Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.

 

Baca Juga: Khasiat Putih Telur

 

3.  Makan Lada Atau Cili Api

Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

 

Baca Juga: Khasiat Buah Anggur

 

4.  Rahsia Buah Anggur

Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Buah ini bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi turut membawa khasiat yang dipanggil ‘pektin’, dikatakan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol seseorang.

 

5. Pentingkan Masakan Yang Ada Bawang Putih Dan Merah

Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman serta meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.

 

Baca Juga: Khasiat Bawang Putih Dan Khasiat Bawang Merah

 

6. Minum Teh Hijau

Pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Amalan minum  teh hijau terbukti membantu sepertimana diamalkan oleh orang Cina sejak ratusan tahun dahulu.

 

Kesimpulan

Alangkah bagusnya kalau kita boleh makan apa sahaja tanpa perlu bersusah-payah menahan lapar demi mendapatkan tubuh ideal. Tapi, harus kita ingat, diet penting bukan setakat untuk menjaga berat badan sahaja. Sebaliknya, juga untuk kesihatan.

Kesalahan memilih makanan ketika diet, bukan sahaja membuatkan anda bertambah gemuk. Bahkan turut meningkatkan risiko penyakit pada tubuh. Semoga artikel ini boleh membantu anda untuk membakar lemak dalam tubuh.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Anda Runsing mempunyai badan dah nak naik gemuk, Klik di sini untuk dapatkan tips yang berguna untuk anda…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom Tiru! Cara Pakai Shawl Simple (Video)

Next post

Kempen Rexona Fresh Move

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. Jasmine
    August 17, 2018 at 5:39 pm — Reply

    penjelasan yang amat baik kepada sesiapa yg ingin memulakan diet harian yg sehat .

    • May 4, 2019 at 11:27 am — Reply

      Terima kasih puan,semoga bermanfaat kepada orang ramai nanti.Jangan lupa share post kami ya 🙂

Leave a Reply to Jasmine Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *