CantikRambut

Atasi Rambut Beruban Dengan 7 Makanan Ini

Rambut Beruban - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: huffpost

Rambut Beruban.Uban merupakan perkara normal dan perlu dihadapi ketika anda sudah semakin berusia. Namun, rambut uban boleh membuatkan seseorang menjadi stress, apatah lagi saat usia anda masih muda!

Bagaimana cara mencegah rambut beruban? Tahukah anda, salah satu cara mudah untuk mencegah rambut beruban adalah melalui pengambilan makanan.Gaya hidup dan pola pemakanan yang tidak sihat mampu mempercepatkan pertumbuhan uban di kalangan anak-anak muda.

Stress juga menjadi salah satu faktor mengundang pertumbuhan uban.Selain faktor tersebut, kekurangan nutrisi juga boleh membuatkan uban tumbuh di rambut. Jadi, sebab itulah anda perlu menjaga kesihatan rambut dengan pengambilan makanan sihat.

 

Berikut beberapa makanan sihat dan semulajadi yang boleh mencegah rambut beruban.

  1. Coklat

Bukan sekadar enak dinikmati, malahan coklat juga mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh dan rambut anda. Coklat kaya dengan kandungan tembaga yang dikatakan dapat menghasilkan ‘melanin’ pada rambut anda. Sel-sel ‘melanin’ bermanfat meningkatkan pengeluaran warna rambut,sehingga dapat mencegah kedatangan uban.

 

  1. Sayur-Sayuran Hijau

Sayur-sayuran merupakan sumber vitamin B6 dan B12 yang semulajadi. Kedua nutrisi ini diperlukan untuk menjaga agar rambut tetap sihat.

Malahan sayuran berdaun hijau seperti bayam merupakan sumber vitamin B yang baik. Pengambilan sayuran hijau yang kerap dapat membantu mengawal pertumbuhan uban pada rambut.

 

  1. Kacang Almond

Kacang almond merupakan salah satu jenis kacang-kacangan yang baik untuk menjaga kesihatan rambut. Kacang almond kaya vitamin E dan tembaga yang dapat mencegah uban dan menyihatkan rambut.

 

  1. Buah Beri

Buah daripada famili beri seperti strawberi, raspberry, dan cranberry sangat kaya vitamin C. Vitamin ini bukan hanya bermanfaat untuk menyihatkan rambut, tetapi dapat mencegah datangnya uban dan tanda-tanda penuaan semulajadi yang lain.

 

Baca Juga: Putihkan Gigi Dengan Buah-Buahan

 

  1. Ikan Salmon

Ikan Salmon dikenali sebagai makanan laut yang sangat bagus untuk melawan pertumbuhan uban. Ini adalah kerana ikan salmon merupakan sumber semulajadi selenium, mineral yang mampu mempertahankan warna semulajadi rambut anda.

 

  1. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari memiliki kandungan mineral dalam jumlah tinggi. Mineral ini mampu mengeluarkan dan mempertahankan kandungan melanin pada rambut, sehingga dapat mencegah uban.

 

  1. Produk Olahan Susu

Produk olahan susu juga kaya vitamin B, B6, dan B12. Ketiga vitamin ini penting untuk pengeluaran sel darah merah. Sel darah merah baik untuk mendorong pengaliran oksigen dan nutrisi ke kulit kepala anda, sehingga uban pun tidak mudah tumbuh.

 

Nota Kaki: Jika suka, anda boleh SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui manfaat serum rambut yang mampu mengatasi rambut rosak di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bahaya Menahan Kencing... Takutnya!

Next post

Ketahui 13 Khasiat Jus Pegaga Untuk Kesihatan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *