CantikKewanitaanSihat

Semak 5 Jenis Makanan ‘Bunuh’ Ghairah Seks

jenis makanan bunuh ghairah seks - women online magazine

Rasa ghairah seks yang maksimum diperlukan agar hubungan intim antara suami isteri itu dapat berjalan dengan harmoni.

Tahukah anda, gaya hidup dan kehidupan yang sentiasa diselubungi dengan stress serta ada beberapa jenis makanan, dikatakan boleh ‘membunuh ‘ ghairah seks anda secara tiba-tiba!

1. Makanan Dalam Tin

Makanan di dalam tin mengandungi kadar natrium dan sodium(garam)  yang berlebihan. Sodium yang berlebihan di dalam tubuh boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan mengurangkan pengaliran darah ke organ seksual. Sepanjang proses kemuncak rasa ghairah seks tersebut, pengaliran darah yang lancar amat diperlukan.

2. Minuman Berkarbonat

Pengambilan minuman berkarbonat atau bergas secara berlebihan boleh menganggu gen serta meningkatkan risiko obesiti. Kedua perkara ini mampu memberikan efek yang tidak baik serta boleh membunuh rasa ghairah seks anda.

3. Keju

Kebanyakan keju diperbuat daripada susu lembut. Pengambilan susu lembu yang berlebihan boleh menganggu produksi semulajadi hormone termasuk hormone seks iaitu estrogen, progesterone dan testosterone. Ia mampu menyebabkan disfungsi ransangan dan ‘mood swing’ yang boleh membunuh rasa ghairah seks anda.

4. Kerepek

Apa sahaja jenis kerepek, termasuk kerepek kentang adalah makanan yang banyak mengandungi garam dan lemak. Kombinasi ini mampu menyebabkan kenaikan shu sehingga terjadinya kerosakan oksidatif pada jaringan dan sel-sel tubuh dan boleh menganggu kerja-kerja hormon seks.

5. MSG

MSG atau monosodium glutamate yang ditambah kedalam makanan berfungsi untuk menambah rasa dalam masakan. Namun, jika terlalu banyak pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia ini akan menimbulkan masalah kesihatan seperti depresi, masalah kognitif dan kardiovaskular.

 

Info Ekstra!

4 Ramuan Herba Tingkatkan Nafsu Si Suami

Halia adalah tanaman herba yang paling mudah didapati dan kaya dengan pelbagai manfaat buat kesihatan. Halia mampu mengubati disfungsi ransangan seks!

  • Gingko

Gingko merupakan tanaman semulajadi yang memiliki manfaat untuk meningkatkan pengaliran darah ke penis.

  • Ginseng Merah

Terdapat pelbagai jenis ginseng , dan khasiatnya juga berbeza-beza. Salah satunya ialah ginseng merah. Bahan semulajadi yang dimilikinya mampu membuatkan kaum lelaki menjadi lebih tenang dan melancarkan perjalanan darah mereka, sehingga dapat meningkatkan rasa ghairah seks mereka.

  • Buah Delima

Buah delima kaya dengan zink yang secara efektif dapat mengubati disfungsi rangsangan seks.  Buah delima sepatutnya menjadi buah-buahan yang wajib dimakan oleh para lelaki yang sudah berkahwin.

Kredit foto: alphacoders

BACA JUGA:

<< Anda wanita kekurangan hormon progesteron? 

<< Kebaikan hubungan seks sihat

 

 

Previous post

Anda Wanita Yang Kekurangan Hormon Progesteron?

Next post

Resepi Agar-Agar Santan Gula Merah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *