CantikSolekan

Ketahui Cara Memilih Warna Lipstik Yang Tepat Untuk Anda Yang Berbibir Gelap

Lipstik Untuk Bibir Gelap - Woman Online Magazine

Kredit: birchbox

Semua wanita mahu mempunyai bibir merekah dan seksi.Tetapi, ramai di antara kita yang tidak bernasib baik.Sebaliknya, kita mempunyai masalah bibir gelap atau bibir hitam.

Sama seperti kulit, bibir juga mempunyai melanin yang sedikit jumlahnya. Tipisnya lapisan kulit pada bibir membuatnya mudah kehilangan kelembaban semulajadinya. Apatah lagi bibir tidak mempunyai kelenjar minyak seperti kulit. Kekurangan kelembaban tersebut boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Jika terus dibiarkan tanpa dirawat boleh menyebabkan kulit di sekitar bibir menjadi warna coklat atau kehitaman.

Anda yang mempunyai bibir gelap sudah pasti bingung untuk memilih warna lipstik untuk bibir gelap anda ini.Sebenarnya cara memilih warna lipstik untuk bibir gelap ini taklah susah sangat kerana hanya memerlukan keserasian.

Jom semak beberapa jenis lipstik yang sesuai untuk bibir gelap anda:

Lipstik berwarna nude adalah lipstik untuk si bibir gelap.Warna nude dapat membuatkan bibir anda yang telap dan tipis kelihatan penuh dan tebal.

  • Ungu Plum

Warna lipstik untuk bibir gelap yang boleh anda pilih adalah warna ungu plam. Warna ungu memang sesuai untuk bibir gelap anda dan ia akan membuatkan bibir anda kelihatan seksi dan nampak penuh. Bagi anda yang ingin tampil penuh gaya dan elegan pilihlah lipstik untuk bibir gelap dengan warna ungu plum ini.

  • Coklat Tua

Lipstik berwarna coklat tua juga merupakan pilihan terbaik lipstik untuk bibir gelap.Warna coklat tua akan memperindahkan lagi bibir anda .Malahan akan nampak cantik semulajadi.

Whoa! Buat anda yang berbibir gelap, jangan ragu-ragu untuk mengayakan lipstik merah! Warna merah akan mempamerkan kesan karakter yang berani dan sensual pada bibir. Cuma, anda yang berbibir gelap harus teliti ketika memakai lipstik untuk bibir gelap ini.Ia akan nampak tidak sempurna jika anda tidak rata menyapunya di bibir. Sapukan lipstik untuk bibir gelap ini secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit hingga menutup permukaan bibir secara menyeluruh.

  • Shimmer Pink

Lipstik Untuk Bibir Gelap daripada warna Shimmer Pink ini akan membuatkan bibir anda nampak segar dan berkilat. Warna ini akan merubah bibir hitam anda itu dengan efek feminin, lembut dan seksi.

<< Ketahui cara merawat bibir hitam di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Makanan Tinggi Kalsium Penting Buat Tubuh

Next post

Penyamun Fertiliti : Sumpahan Fibroid…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *