CantikSolekan

5 Cara Pakai Lipstik Agar Tahan Lama Sepanjang Hari

lipstik tahan lama -wom.my

Kredit Foto : images

Lipstik Tahan Lama. Sebahagian wanita menganggap lipstik menjadi kosmetik penting yang akan dibawa pada setiap hari. Memakai lipstik dianggap satu kemestian dan menjadi tunjang penampilan mereka untuk nampak lebih cantik dan segar.

Namun, ramai wanita yang mengeluh kerana sering terpaksa menyapu lipstik berkali-kali di bibirnya. Ini adalah kerana rata-rata lipstik yang digunakan tidak tahan lama atau cepat pudar, malahan hilang.Kesan lipstik biasanya akan melekat di gelas, hilang setelah makan atau disebabkan anda kerap membasahi bibir.

WOM.my ingin memberikan beberapa tips agar lipstik yang pakai di bibir tahan lebih lama.

Selamat mempraktik tips lipstik tahan lama ini.

 Apa yang diperlukan Agar Lipstik Tahan Lama:

 

Cara Pakai Lipstik Agar Tahan Lama

1.Tanggalkan seluruh kulit-kulit mengelupas pada bibir, dengan menggunakan lip scrub atau gunakan berus gigi, gosok perlahan-lahan dan gunakan air suam.

 

Baca Juga: Kebaikan Air Suam

 

2. Setelah bibir menjadi halus, gunakan pelembab bibir dan biarkan beberapa saat hingga pelembab menyerap. Pemakaian pelembab atau lip balm sangat penting untuk mengunci kelembaban dan menghindari bibir pecah-pecah.

3. Buat garis bibir dengan menggunakan lip liner berwarna nude, kemudian barulah disapu dengan lipstik yang menjadi kegemaran anda.

4. Tekan perlahan bibir yang sudah diberi lipstik dengan menggunakan tisu, sapukan kembali lipstik dengan warna yang sama.

5. Terakhir, sapukan bedak tabur warna transparent di permukaan bibir sebagai lapisan terakhir.

<< Ketahui cara mengatasi bibir kering dan pecah di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Pasti Berjaya! Lakukan 4 Tips Mudah Berhenti Merokok

Next post

6 Cara Mujarab Memujuk Suami Yang Merajuk

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *