CantikDiet

Cara Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Cara Kuruskan Badan Selepas Bersalin - woman online magazine

Kredit : alicdn

Selepas bersalin berat badan anda tak turun-turun. Malahan bertambah naik adalah! Jadi, Anda Ingin Tahu Cara Kuruskan Badan Selepas Bersalin?

Jika ya, teruskan membaca artikel ini. Setelah mengandung atau melahirkan, tubuh badan akan pasti akan menjadi lebih besar. Ini adalah kerana tubuh banyak menyimpan lemak. Berikut beberapa cara kuruskan badan selepas bersalin yang boleh anda cuba atau praktikkan.

 

  1. Menyusukan Bayi

Ternyata menyusukan bayi bukan hanya memberikan efek positif untuk bayi, tetapi ia juga merupakan salah satu cara mudah dan murah untuk anda kembali langsing setelah bersalin.

Ini adalah kerana ketika anda menyusukan bayi, maka sudah terjadi pengurangkan timbunan lemak pada tubuh.Lemak yang disimpan akan dipergunakan untuk pengeluaran air susu ibu.

 

  1. Bersiar-siar

Cara kuruskan badan selepas bersalin ini sangat mudah dan anda tidak perlu melakukan aktiviti yang berat-berat dan menyeksa tubuh. Memadai dengan bersiar-siar santai sahaja sudah boleh membantu anda menurunkan berat badan.Anda boleh membawa bayi anda bersiar-siar di halaman rumah dan sebagainya. Selain kesihatan anda terjaga, bayi anda juga akan menjadi lebih kebal daripada serangan penyakit.

 

  1. Bersenam

Senaman ringan juga mempunyai hasil maksimum untuk membakar lemak dalam tubuh. Berbasikal dikatakan lebih efektif kerana aktiviti mengayuh pedal basikal boleh dipercepatkan atau diperlambatkan.

Di samping itu, jika rumah anda dua tinkat, anda boleh membuat senaman naik-turun tangga yang akan membantu membakar lemak tubuh. Selain itu, ia menguatkan otot paha, kaki dan perut. Senaman ini cukup mudah dan boleh dilakukan di dalam rumah.

 

  1. Berenang

Berenang bersama si kecil tentunya menjadi saat yang menyeronokkan. Sebaiknya ajak suami anda untuk turut serta dalam aktiviti berenang ini. Rutin berenang boleh membantu anda mengembalikan bentuk tubuh asal anda.

 

  1. Perbanyakkan Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Setelah bersalin anda tetap perlu menjaga kesihatan tubuh. Anda boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu menurukan berat badan anda.

 

  1. Senaman Kegel

Senaman paling mudah ini boleh anda lakukan sambil membasuh baju, menjaga bayi, makan ataupun ketika anda mandi. Sikap rajin anda untuk melakukan senaman kagel ini bukan sahaja melangsingkan tubuh anda, malah boleh memperkuatkan otot-otot di sekeliling vagina sehingga membuatkan anda terhindar daripada penyakit kerap membuang air kecil.

<< Ketahui kebaikan air soya buat ibu mengandung di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Petua Rambut Gugur

Next post

Penyakit Kanser - Pengesanan Dan Rawatan Awal Menyelamatkan Nyawa Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *