CantikKewanitaanSihat

4 Tips Hilangkan Sakit Ketika Datang Haid

Datang Haid - women online magazine

Kredit Foto: msnbcmedia

Datang Haidd.Rasa ngilu ketika datang haid memang sangat menganggu aktiviti seharian ramai wanita.

‘Prostaglandin’ adalah hormon yang menyebabkan otot-otot rahim berkontraksi. Terjadinya kontraksi otot rahim akibat peningkatan ‘prostaglandin’ akan merangsang rasa ngilu di saat datang haid dan ini merupakan penyebab utama  terjadinya ngilu  haid pada kaum wanita.

Ngilu haid juga dapat dipengaruhi oleh faktor hormon, psikologi, dan kecemasan yang berlebihan. Meskipun begitu, jika anda termasuk golongan wanita yang sudah kahwin, tetapi  masih juga merasakan ngilu haid  hebat lebih daripada tiga hari selama masa haid, ada baiknya anda berjumpa dengan  doktor untuk memastikan tidak ada kelainan atau penyebab lain.

 

Penyebab Rasa Ngilu Haid

Ngilu haid merupakan suatu gejala dan bukan suatu penyakit. Ngilu haid dapat dibahagikan kepada  dua jenis, iaitu ngilu haid primer dan ngilu  haid sekunder. Rangsangan ngilu haid  yang berlebihan umumnya terjadi pada mereka yang ‘stres’ dalam bekerja.

Ngilu  haid primer lebih disebabkan oleh adanya ketidakseimbangan hormon, sedangkan ngilu haid sekunder ditandai dengan adanya kelainan organ dalam pelvis dan harus dilakukan pemeriksaan perubatan. Penyebab ngilu  haid sekunder antara lain adalah peradangan saluran telur (salphyngitis chronica), adanya kemungkinan mengidap ‘endometriosis’, ‘mioma’, atau penyumbatan  leher rahim (stenosis cervicis uteri).

Untuk memastikan penyebab yang pasti dari ngilu haid sekunder, perlu dilakukan pemeriksaan perubatan secara terperinci.  Selain dengan pemeriksaan kandungan, juga perlu dilakukan USG, biakan kuman, atau ‘laparoskopi’, iaitu pemeriksaan dengan cara meneropong secara langsung ruang perut bahagian kandungan.

 

Baca Juga: Bahaya Sakit Perut Sebelah Kiri

 

Wanita yang mengidap ‘ endometriosis’, iaitu tumbuhnya lapisan rahim di tempat lain dalam tubuh atau di luar dinding rahim (endometrium), kesakitan yang utamanya adalah rasa ngilu  setiap kali datang haid. Pada tumor rahim ‘mioma’ , selain terasa berat dan membesar di perut bawah, keluhan ngilu disertai dengan haid yang berlebihan.

Wanita yang mengalami gejala ngilu haid sebenarnya cukup bergantung pada ada atau tidak kelainan. Namun, secara perubatan dapat dilakukan dengan rawatan hormon, iaitu dengan pemberian ‘estrogen’ atau ‘progesteron’. Sedangkan terapi semulajadi  dapat dilakukan dengan memberikan vitamin atau suplemen semula jadi, seperti ‘fitoestrogen’ yang banyak terkandung dalam kacang soya, tahu, dan tempe.  Selain itu, setiap wanita juga harus menjalankan pola hidup sihat, menjaga makanan dengan gizi yang seimbang, olahraga teratur, cukup istirahat,  stres, serta pemeriksaan kesihatan.

 

Tips Hilangkan Rasa Sakit Ketika Datang Haid

Kebanyakan gadis atau wanita sering mengalami rasa kejang pada bahagian bawah perut sewaktu datang haid. Kadangkala rasa kejang tersebut diikuti dengan rasa mual dan rasa seperti ingin muntah.

Kaedah berikut boleh membantu anda mengurangi rasa sakit ketika datang haid:

  1. Berbaringlah dan gosok perut bahagian bawah (di bawah pusat) dengan gerakan mengikut kitaran jam selama 15 minit.
  2. Berbaring dan gosok kedua-dua tangan anda sehingga terasa sedikit hangat. Letakkan telapak tangan yang hangat tersebut di perut bagian bawah, tepat di bawah bahagian pusat anda. Urut ke atas dan ke bawah lalu ke kiri dan ke kanan. Kemudian gosok mengikut arah pusingan jam. Lakukan kaedah ini dengan menggunakan kedua-dua tangan anda secara bergantian selama 15 minit.
  3.  Cuba elakkan dari melakukan senaman berat dan jauhi makanan yang mengandungi garam yang tinggi dan perencah-perencah makanan segera.
  4.  Tidur dan dapatkan rehat yang cukup.

 

Info Ekstra!

Biasanya wanita yang mengalami rasa ngilu atau sakit ketika datang haid disebabkan oleh rendahnya kandungan magnesium dan kalsium dalam tubuh. Kekurangan tersebut mengakibatkan migraine dan turut mempengaruhi mood anda. Cuba atasi sindrom datang haid ini dengan langkah yang tepat!

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui tips macam mana nak elak ‘period' bocor di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Sebab Lelaki Menangis

Next post

5 Manfaat Susu Yang Boleh Buat Anda Sentiasa Awet Muda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *