CantikKulit

Semak, Cara Paling Senang Dapatkan Kulit Putih Bersih

Kulit Putih - Woman Online Magazine

Kredit: kondoodee

Kulit Putih Bersih! Siapa yang tak nak, kan?

Tambahan pula,kulit putih memberikan kesan yang bersih dan membuatkan anda nampak lebih cantik serta berkeyakinan. Ramai wanita yang melakukan pelbagai cara agar boleh mendapatkan kulit putih bersih.Namun, ada juga yang gagal dengan usaha tersebut.Penggunaan produk kecantikan sembarangan yang dikatakan mampu membuatkan kulit wajah menjadi putih berseri sembarangan boleh merosakkan kulit. Jadi, lebih baik jika anda menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit putih bersih.

Berikut beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mendapatkan kulit putih bersih. Antaranya…

 

  1. Yogurt

Ternyata yogurt boleh memberikan kelembapan untuk kulit wajah. Masker yogurt mampu menghaluskan kulit wajah Anda. Campurkan yogurt dengan sedikit madu.Kemudian, sapukan campuran tersebut pada kulit wajah. Kemudian, biarkan selama 10 minit. Setelah itu, barulah dibersihkan dengan air suam.

 

  1. Limau Nipis & Putih Telur

Putih telur memang mampu menegangkan kulit wajah. Untuk memperbaiki warna kulit, campurkan perahan limau nipis dengan putih telur. Gunakan bahan ini sebagai masker wajah. Sapukan masker limau nipis dan putih telur ini ke wajah, dan biarkan ia kering sendiri. 10 minit selepas itu, cucilah muka anda dengan air sejuk.Lakukan secara rutin dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

 

  1. Susu

Anda boleh gunakan susu untuk membasuh muka. Susu memiliki banyak manfaat sehingga dapat mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah dan meningkatkan warna kulit dengan cara yang sempurna. Tuang beberapa titis susu pada kain pencuci muka. Kemudian gunakan kain tersebut untuk menggosok wajah dengan lembut. Susu akan menghilangkan sel-sel kulit mati yang menutup wajah dan memberikan warna baru yang lebih cerah.

 

  1. Kentang

Kentang bermanfaat untuk memutihkan kulit.Jus kentang boleh digunakan sebagai pemutih semulajadi untuk kulit. Parut atau kisar sebiji kentang, kemudian tambah dnegan satu sudu teh madu. Campur kedua bahan tersebut dan sapukan pada kulit muka dan leher. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

 

  1. Teh Chamomile

Bunga ini ini berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk mencerahkan kulit wajah. Chamomile memiliki banyak kandungan untuk mengatasi mata yang bengkak. Anda hanya perlu mencelupkan uncang teh Chamomile ke dalam air panas dan biarkan sampai dingin. Kemudian, lekatkan uncang tersebut pada mata.Lakukan selama dua minggu untuk melihat hasilnya.

<< Ketahui cara terbaik menjaga payudara di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bausch + Lomb Perkenalkan Kanta Lekap Biotrue® ONEday HyperGel ™

Next post

Tips Untuk Kurus Dengan Warna

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *