CantikKulit

Kekal Muda Dengan Krim Collagen

Krim Collagen - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: skinoverhaul

Krim Collagen. Apakah itu krim collagen? Betul ke boleh jadi awet muda setelah memakannya? Jawapannya ada di sini, bacalah artikel ini sampai habis ya!

Ramai wanita yang takut dan benci menjadi tua! Ini adalah kerana mereka tidak ingin melihat sebarang kedutan atau kulit yang berubah menjadi kendur. Jadi, sebab itulah krim collagen dan losyen anti-penuaan menjadi salah satu produk kecantikan yang paling dicari oleh wanita.

Seiring dengan pertambahan usia seseorang wanita, tahap collagen dan keanjalan kulit menjadi semakin menurun sehingga menjadikan kulit berubah kendur dan berkedut. Collagen adalah sejenis protein yang bekerja bersama keratin untuk menjaga kulit, rambut dan kuku agar sentiasa sihat. Collagen turut berfungsi untuk mempertahankan keanjalan sel-sel kulit.

 

Baca Juga: Khasiat Minuman Collagen

 

Tidak dinafikan terdapat banyak produk tersedia di pasaran yang dapat membantu anda mencegah efek penuaan, misalnya, krim collagen. Ia dapat membantu mencegah penuaan semulajadi dengan meningkatkan kadar collagen dalam kulit anda.

Krim collagen dikatakan mampu membuatkan kulit kekal muda remaja. Sunggupun begitu, jika anda berhasrat untuk mencuba krim collagen atau sebarang produk anti-aging yang mengandungi collagen, ada perlu tahu beberapa perkara.

Antaranya:

  1. Bentuk Gelatin

Collagen yang  ditambahkan ke dalam krim atau losyen kecantikan yang mana  sudah terhidroisis  dikenali sebagai gelatin. Collagen  yang sudah terhidrolisis lebih memudahkan diserap oleh tubuh. Manakala collagen yang tidak terhidrolisis lebih sukar diserap oleh tubuh kerana dipecah menjadi bentuk asid amino yang cukup berbahaya buat kulit dan tubuh.

 

  1. Baca Kandungan Di Label

Ketika anda membeli produk anti-penuaan yang mengandung collagen, tengok dulu kandungan yang terdapat pada labelnya  seperti kolagen pre-cursors, hyaluronic acid, vitamin A, C, E, lycopene, alpha lipoic acid, resveratrol, rumput laut atau ganggang mikro (astaxanthin) dan isoflavon. Pastikan juga bahwa kandungan tersebut berada dalam jumlah yang wajar dan seimbang kerana jika terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh meninggalkan kesan buruk pada kulit dan tubuh.

 

  1. Perlu Lebih Peka

Jika anda benar-benar berhasrat untuk memakai krim collagen ataupun mencuba produk komersial yang mengandungi collagen, pastikan anda peka kerana terlalu banyak produk yang kurang diteliti secara mendalam. Tak kiralah pada minuman collagen,krim collagen mahupun table. Anda perlu lebih berhati-hati ketika membeli dan menggunakannya.

 

  1. Molekul Collagen Dalam Krim

Molekul collagen dalam krim biasanya terlalu besar untuk dipecah oleh kulit.Molekul collagen yang terkandung dalam krim anti penuaan ini biasanya terlalu besar untuk tembus pada permukaan luar kulit. Hasilnya, krim tersebut menjadi tidak bermanfaat sepenuhnya dalam mencegah penuaan semulajadi kerana sebahagian besar krim collagen hanya bekerja di luar tubuh sahaja.

 

 

Baca Juga: Petua Awet Muda

 

  1. Bukan Sesuai Untuk Semua Orang

Krim collagen tidak semestinya sesuai untuk anda. Selain itu, hasilnya juga bergantung pada pelbagai faktor seperti diet dan juga gaya hidup anda. Jadi, eloklah anda pertimbangkan kembali jika mahu menggunakan krim collagen bagi mengatasi kedutan di wajah anda itu.

 

Info Ekstra!

Berikut adalah cara meningkatkan collagen secara semulajadi:

  • Mengurangi Efek Eksternal

Lindungi kulit and kerana salah satu sebab utama mengapa kulit kehilangan collagen adalah kerana efek berbahaya daripada sinaran matahari. Akibat terlalu terdedah pada sinaran matahari, penipisan collagen akan berlaku dan menyebabkan munculnya garis-garis halus dan kedutan.

Selain menutup kulit dengan pakaian yang tepat, anda disarankan memakai sun block atau sun screen. Di smaping itu, lakukan perawatan kulit secara rutin bagi memastikan kesihatan kulit tetap terjaga. Perawatan tersebut termasuklah melakukan ‘cleansing’, ‘toning’, ‘moisturizing’ dan ‘exfoliating’ wajah dan leher.

 

  • Makan Makanan YangTepat

Pengambilan jenis makanan yang tepat adalah cara terbaik untuk meningkatkan collagen dalam tubuh. Makanan tertentu akan merangsang pengeluaran collagen dan elastin bagi memulihkan keadaan kulit.Makanan yang kaya vitamin C dan vitamin K serta memiliki pelbagi nutrisi seperti ‘geistein’ dan asid hyaluronic telah terbukti mampu meningkatkan collagen dalam tubuh.

Selain itu, makanan terbaik yang boleh dipilih adalah sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan asparagus, soya dan kacang-kacangan.

 

Selain daripada makanan, cara lain untuk meningkatkan kadar collagen dalam tubuh adalah dengan mengambil suplemen vitamin C dan vitamin K.Biarpun telah tersedia losyen atau krim collagen dan suntikan collagen, namun semua itu bukanlah cara semulajadi untuk mempertahankan tahap collagen dalam tubuh.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui kehebatan serum muka di sini.

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Ikan Keli Penyet Sedap Meleleh

Next post

Masalah Kesihatan Paling Gerun Buat Wanita 40-an

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *