CantikKulit

Ketahui 6 Khasiat Minyak Jojoba Untuk Kecantikan

minyak jojoba - woman online magazine

Kredit : nuansawanita

Minyak jojoba atau jojoba oil adalah ekstrak minyak yang diambil daripada biji tanaman jojoba. Terlalu banyak khasiat daripada minyak jojoba untuk kecantikan wanita, di antaranya kecantikan kulit, rambut dan kuku.

Berikut beberapa khasiat minyak jojoba:

1. Mencantikan Rambut

Selain melembabkan kulit kepala dan mencegah kelemumur, minyak jojoba menyihatkan kulit kepala. Jika kulit kepala anda kering, minyak jojoba bertindak sebagai penganti sebum,melembabkan folikel rambut dan mencegah rambut menjadi kusut serta kasar. Untuk rambut kering dan kasar, anda hanya perlu menambahkan beberapa titis minyak jojoba ke perapi rambut. Gunakan seperti conditioner atau perapi biasa, kemudian bilas sehingga bersih. Rambut anda akan nampak lebih sihat dan bersinar.

2. Pelembab Muka

Minyak jojoba juga boleh menjadi pelembab muka kerana sifatnya sama seperti minyak yang dikeluarkan oleh kulit semulajadi manusia. Minyak jojoba sangat serasi dengan kulit manusia. Penggunaan minyak jojoba sebagai pelembab menjadikan kulit lembut dan mampu mencegah kekeringan kulit.

3. Ubat Jerawat

Minyak jojoba juga sering digunakan untuk mengubati jerawat. Minyak jojoba bersifat anti-inflamasi, yang membantu mencegah peradangan seperti jerawat.

4. Pembersih Mekap

Minyak jojoba tidak menyebabkan jangkitan mata atau alergi sehingga anda boleh menggunakannya sebagai pembersih solekan mata. Minyak jojoba juga boleh digunakan untuk membersihkan sisa-sisa mekap pada wajah seperti bedak, lisptik, maskara dan pemerah pipi.

5. Pelembab Bibir

Bagi anda yang mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah, sapukan minyak jojoba ke bibir secara rutin. Penggunaan minyak jojoba pada bibir akan membantu melembabkan serta melembutkan kulit bibir. Minyak jojoba juga boleh digunakna sebagai pengganti lip balm.

6. Mencantikan Kuku

Minyak jojoba memberikan kecerahan pada kuku yang kusam serta memperindahkan kuku yang mula rosak dan kering. Ini adalah kerana minyak jojoba mengandungi minyak essential semulajadi serta mempunyai pelbagai nutrisi seperti vitamin E yang bagus untuk kuku.

<< Ketahui khasiat jus buah delima di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Cara Mudah Membersihkan Botol Susu Bayi

Next post

Ketahui Penjagaan Kulit Muka Tanpa Efek Sampingan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *