CantikKulit

Khasiat Kayu Cendana Cukup Efektif Untuk Memutihkan Kulit

kayu cendana - woman online magazine

Kredit : corecommerce

Kayu cendana(sandalwood) dikatakan cukup efektif sebagai bahan untuk memutihkan kulit. Boleh dikatakan kebanyakan produk pemutih kulit mengunakan kayu cendana.Pelbagai produk kecantikan yang menggunakan kandungan kayu cendana di dalamnya, antaranya sabun, krim dan masker wajah.

Bau yang terhasil daripada kayu cendana ini sangat berbeza. Aromanya cukup menyenangkan apabila dihidu untuk waktu yang agak lama. Jadi, sebab itulah kayu cendana juga banyak dijadikan bahan sebagai penyegar ruangan.Manakala minyak kayu cendana pula memiliki sifat antiseptik antibakteria dan anti-kulat. Manfaat lainnya membantu menyingkirkan bintik-bintik gelap, menghilangkan whiteheads dan menyembuhkan jerawat.

Berikut adalah beberapa manfaat kayu cendana untuk kecantikan kulit yang perlu anda ketahui:

1. Melembutkan Kulit

Minyak cendana boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurut bagi mendapatkan kulit yang lebih lembut. Serbuk kayu cendana juga boleh dicampurkan dengan minyak urut kegemaran anda, sapukan pada wajah kemudian biarkan selama 12 jam. Ia sebaiknya dilakukan pada pada hari sewaktu anda hendak menidurkan diri.

2.Menyembuhkan Jerawat

Kayu cendana menjadi slaah satu bahan yang sangat efektif untuk menyembuhkan jerawat. Jadikannya sebagai masker muka. Anda boleh mencampurkan serbuk kayu cendana dengan kunyit. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pasta. Kemudian sapukan pada muka.

3. Anti Penuaan

Anda disarankan memakai masker wajah kerana ia membantu mengendalikan pelebaran pori-pori kulit. Kayu cendana bermanfaat untuk menjaga keanjalan kulit dan mengatasi penuaan kulit.Campurkan kuning telur,serbuk kayu cendana dan beberapa minyak essential. Sapukan pada wajah sebagai masker dan bersihkannya setelah kering.

4. Anti Tanning

Tanning dapat menyebabkan penggelapan kulit dan juga pengembangan tanda-tanda awal penuaan. Untuk menyingkirkan efek tanning pada kulit, cendana menjadi pilihan yang tepat.Campurkan serbuk kayu cendana dengan madu, air limau nipis dan dadih. Kacau hingga sebati dan sapukan pada muka. Biarkan sekitar 15 minit atau setelah ia mengering.Kemudian bersihkan dengan  menggunakan air sejuk. Anda akan memiliki kulit halus dengan efek tanning yang semakin berkurangan.

5. Kulit Jadi Lebih Bercahaya

Bahan semulajadi biasanya akan membuat kulit menjadi lebih sihat dan cantik. Sama juga dengan khasiat kayu cendana. Campurkannya bersama dengan bahan-bahan seperti serbuk almond, susu, madu, perahan limau nipis atau kunyit. Ia boleh membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih bersih dan bercahaya.

<< Ketahui kebaikan jus lemon untuk kulit muka anda di sini.

 

 

 

Previous post

Ketahui Punca Sebenar Buasir Berdarah

Next post

Jangan Lupa Tukar Coli Anda!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *