CantikKulit

Ketahui Punca Sebenar Penyakit Ekzema

PUNCA EKZEMA - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Foto: Sekadar Hiasan.

Punca Ekzema. Pernahkah anda mengetahui punca ekzema? Jika belum tahu atau masih ragu-ragu, anda sememangnya patut membaca artikel ini.

Ekzema adalah satu keadaan kulit yang disebabkan oleh keradangan dan juga dikenali sebagai atopik atau dermatitis. Kebiasaannya, ekzema akan menyebabkan kulit seseorang itu mengalami kegatalan, kemerahan, kering, merekah, bersisik, timbul cecair dan berdarah serta kulit menebal.

Ekzema boleh kelihatan di mana-mana bahagian tubuh badan. Bagi kebanyakan orang, ekzema adalah satu masalah kulit yang kronik dan kerap terjadi kepada kanak-kanak seawal usia dua bulan.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan sepenuhnya tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Apakah punca yang menyebabkan ekzema ini sering terjadi pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

1. Keturunan

Faktor keturunan memainkan peranan penting kepada risiko mendapat masalah penyakit kulit ini. Jika ada keturunan keluarga yang menghidap masalah ini, tidak mustahil anaknya juga berisiko tinggi menghidapinya.

 

2. Kuman yang membiak

Ada sesetengah pesakit mendapat masalah ini berpunca daripada kuman kulat yang dipanggil pityrosporum ovale. Namun, tidak semua bayi menghadapinya disebabkan kuman kulat berkenaan.

Peningkatan sensitiviti kepada kulat berkenaan iaitu organisma yang hidup pada kulit dipercayai memainkan peranan dalam masalah ini.

 

Baca Juga: Kudis Buta

 

3. Bahan kimia seperti buih sabun

Elakkan menggunakan sabun daripada jenis berbuih banyak kerana ia menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Apabila kering, kulit akan rasa lebih gatal. Sebaiknya gunakan sabun yang khusus untuk kulit sensitif dan mandi menggunakan air yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Ekzema boleh dirawat melalui kaedah perubatan. Sebaik sahaja anda mendapati ada kelainan seperti tompok-tompok merah, berair dan bersisik di kulit anak atau pada anda,  segeralah berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan sebagainya.

Ubat pencegah gatal seperti antihistamin  dan krim steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk dan jika terdapat jangkitan kuman. Namun, rawatan ini hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

 

Tetapi bagaimana pula, anda ingin menjaga anak yang mengalami ekzema?

Usah risau, di bawah ini adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut.

  1. Amalkan vitamin / supplemen dan krim pelembab secara teratur
  2. Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
  3. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis
  4. Elakkan daripada fabrik kasar
  5. Gunakan krim pelembab selepas mengelap badan anak anda
  6. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

 

Baca Juga: Cara Menghilangkan Panau

 

Justeru itu, ibu, bapa dan penjaga disarankan saling membantu dalam menguruskan anak yang menghidap ekzema serta mencari kaedah paling sesuai bagi mengurangkan ketidakselesaan yang ditanggung anak mereka.

Dari segi pengambilan ubat pula, ramai ibu bapa yang agak keberatan apabila diberitahu anak mereka perlu diberikan ubat yang mengandungi steroid kerana bimbangkan kesan sampingannya. Jalan terbaik, dapatkan nasihat doktor atau pakar kulit berkaitan permasalahan ini. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

 

Nota Kaki: Anda boleh SHARE artikel ini dengan kawan-kawan ada ya!

<< Jom ketahui masalah kulit wajah anda di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Menangi Hadiah Hebat Bila Anda Bayar Bil Indah Water Secara Online

Next post

7 Cara Menghargai Pasangan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *