CantikSolekan

Mekap Mata Penting Untuk Buat Anda Tampil Lebih ‘Superb’!

Mekap Mata - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: abeautyclub

Mekap Mata. Kawasan mata merupakan salah satu bahagian yang cukup penting diperhatikan ketika anda bersolek.

Ini adalah kerana bahagian tersebut sering menjadi pusat perhatian orang yang memandang wajah anda. Jadi, anda perlu mengaplikasikan mekap mata dengan lebih cermat.Terdapat beberapa kesalahan umum yang boleh membuatkan mekap mata nampak comot atau serba tak kena.

Kenali satu persatu kesalahan mekap mata supaya anda boleh mengatasinya.

  1. Terlalu Banyak Efek Sparkle

Eye shadow yang ada efek sparkle memang mampu membuat penampilan anda kelihatan lebih memukau. Namun, perhatikan penggunaannya. Jangan sampai anda mengaplikasikannya secara berlebihan. Apatah lagi untuk penampilan harian.

 

 

Baca Juga: Trik Solekan Untuk Mata Sepet

 

  1. Penggunaan Eyeliner Yang Berlebihan

Eyeliner merupakan salah satu produk make up yang menjadi kegemaran kebanyakan wanita. Perhatikan juga penggunaannya. Ada beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh ramai wanita, seperti aplikasi yang terlalu tebal. Pemakaian yang terlalu berlebihan sebenarnya boleh mengurangi keindahan mata anda.

 

  1. Bulu Mata Terlalu Kaku

Melakukan pelbagai eksperimen untuk membuatkan bulu mata anda kelihatan lentik memang boleh menambah kecantikan penampilan. Namun, jangan sampai memberikan efek ‘spike’ dan kaku pada bahagian mata tersebut. Kesalahan ini boleh dihindari dengan memperhatikan pemakaian maskara. Aplikasikan tiga lebih daripada tiga lapisan pada bulu mata untuk menghindari kesan yang terlalu ‘spike’.

 

  1. Tidak Ikut Bentuk Mata

Jika anda ingin tampil dengan hasil solekan yang sederhana, anda harus memperhatikan bentuk mata anda. Ramai wanita yang kurang peka dengan perkara ini dan mengaplikasikan mekap mata tanpa memperhatikan ‘shading’ dan teknik apa yang sesuai dengan mata mereka.

 

Info Ekstra!

Tahukah anda mekap mata yang satu ini (eye shadow) mempunyai kegunaan lain yang boleh membuatkan penampilan anda tetap cantik? Nak, tahu baca sampai habis.

 

Buat Kening Nampak Lebih Lebat

Sekiranya anda tidak ada atau tidak membawa pensel kening, anda boleh memanfaatkan eye shadow berwarna gelap. Aplikasikan warna hitm, dark brown atau dark blue di bahagian kening dan ‘blend ‘secara merata untuk menciptakan kesan natural look.

 

Bronzer

Jika anda mahu menciptakan efek ‘contouring ‘di wajah, tetapi anda tidak memiliki bronzer, gunakan sahaja eye shadow. Jenis cream, powder, shimmer atau matte boleh digunakan sebagai pengganti produk kecantikan yang satu ini. Pilih warna seperti kuning, oren atau ‘red undertone’ seperti bronzer. Pastikan anda ‘blend’ di wajah secara merata untuk menciptakan efek solekan yang natural.

 

Eyeliner

Anda kehabisan eyeliner sedangkan anda ingin menciptakan mekap mata yang bold atau ‘smudge’? Eye shadow boleh digunakan sebagai alternatif pengganti yang sesuai. Gunakan eye shadow berwarna gelap seperti hitam, coklat atau biru tua. Aplikasikan dengan berus khas dengan teknik yang sama seperti menggunakan eyeliner.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya

<< Ketahui kehebatan lipstik matte yang tidak mudah pudar di bibir di sini.

Previous post

7 Khasiat Yogurt Yang Buat Anda Lebih Cantik & Sihat

Next post

Lelaki Tampan Suka Bajet Berduit?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *