CantikKewanitaanSihatWanita

Penyebab Keputihan Ketika Mengandung

PENYEBAB KEPUTIHAN - women online magazine

Kredit Foto: doyourpart

Keputihan atau cecair lendir yang keluar dari vagina ada pelbagai sifat dan berbeza-beza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Bersifat berlendir dan tidak beku, berbau hanyir, tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan selagi tidak ada infeksi. Jika terdapat kelainan atau peradangan dan rasa gatal pada vagina itu menandakan telah berlakunya infeksi.

 

Penyebab Keputihan:

  1. Keputihan atau lendir vagina berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, infeksi, ubat-ubatan dan penyakit internal.
  2. Keputihan akan bertambah cair ketika subur dan bertambah kental ketika hampir datang haid.
  3. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialami.
  4. Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon yang membawa kepada keputihan yang berlebihan.
  5. Boleh jadi juga disebabkan penyakit internal seperti diabetis. Bahkan tiroid juga mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  6. Penyakit yang paling umum menyebabkan perubahan lendiran vagina adalah infeksi atau jangkitan seksual seperti bacterial vaginosis, candida vaginitis, trichomoniasis, vaginitis, gonorrhea, chlamydia atau herpes.

Baca Juga: Kelenjar  Tiroid 

 

Info Ekstra

  • Keputihan yang terjadi ketika wanita hamil dipanggil ‘leukorrhea’. Ciri-cirinya adalah berwarna putih seperti susu, nipis dan sedikit berbau.
  • Wanita yang mengalami keputihan ketika hamil dilarang sama sekali:
  • Memakai tampon kerana ia boleh menyebabkan kuman baru masuk ke dalam vagina.
  • ‘Douche’ kerana ia boleh menganggu keseimbangan dan boleh mengakibatkan infeksi pada vagina.
  • Jangan cuba-cuba mengubat sendiri vagina yang mungkin anda rasa telah mengalami masalah keputihan.
  • Selagi keputihan terjadi bukan disebabkan infeksi, anda yang sedang mengandung boleh memakai panty liners untuk menyerapnya sekaligus membuatkan anda berasa lebih selesa.

Baca Juga: Kemaluan Gatal Kerana Tuala Wanita

 

  • Di samping itu, anda juga perlu menitik berat soal menjaga kebersihan Miss V sepanjang tempoh kehamilan. Elakkan pemakaian seluar ketat, tuala wanita beraroma, ‘feminine hygiene sprays' dan sebagainya yang boleh mengganggu kesihatan vagina.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE ya artikel ini.

<< Jangan ambil mudah dengan penyakit Buasir dan ketahui cara mengubatinya di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Cara Hilangkan Pori-Pori Wajah

Next post

4 Cara Tangani Masalah Kulit Kusam Dengan Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. December 16, 2014 at 10:50 am — Reply

    info padat dan ringkas…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *