CantikRambut

4 Kebaikan Bila Anda Pakai Serum Rambut

Serum Rambut - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: 1.bp.blogspot

Serum Rambut. Ia adalah suatu cecair yang digunakan pada rambut atas beberapa tujuan tertentu.

Jika anda berkunjung ke mana-mana saloon dandanan rambut misalannya, sudah pasti anda akan ternampak rak-rak yang dipenuhi oleh beberapa jenis serum rambut samada dalam bentuk botol ataupun kapsul yang kecil.

 

Baca Juga: Vitamin Rambut

 

Namun, berapa ramaikah yang menggunakan serum rambut ini? Kebanyakan mereka yang menggunakan serum rambut ini terdiri daripada kaum wanita samada yang bertudung mahupun tidak, selain menggunakan produk-produk syampu atau perapi rambut yang lain. Ketahui manfaat menggunakan serum rambut di sini.

 

Manfaat Serum Rambut

Tidak dinafikan kalau keadaan rambut yang kusut masai, tidak terurus dengan baik dan juga kusam mampu nampak seolah-olah lurus kembali selepas memakai serum ini. Serum mampu membuatkan rambut nampak sihat dan lebih terurus.

 

Serum rambut sememangnya lebih baik malah lebih efektif dalam merawat kerosakan rambut. Kerosakan rambut yang dimaksudkan itu biasanya disebabkan oleh cahaya matahari, penggunan pengering rambut, rambut bercabang dan kering.

 

Penggunaan serum secara tidak langsung dapat melembabkan rambut. Walaupun penggunaan serum rambut ini khusus untuk rambut yang rosak, namun tidak salah untuk diamalkan kerana kelembapan yang sesuai amat perlu dalam menjamin kesihatan rambut supaya nampak sentiasa sihat dan tidak kering. Rambut yang kering sangat mudah untuk rosak dan terdedah pada ancaman rambut bercabang.

 

Ramai mengetahui bahawa sinaran UV mampu membuat rambut kita rosak. Penggunaan syampu tidak mencukupi untuk melindungi rambut. Maka penggunaan serum amat sesuai sebagai perisai dari teriknya panas matahari.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara menyikat rambut yang betul di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Pilih Bra Menyusu Yang Tepat

Next post

6 Tips Elak Cinta Tiga Segi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *