CantikKulit

Rawat Wajah Anda Dengan Masker Kentang

masker kentang - woman online magazine

Kredit Foto : kawankumagz

Masker Kentang. Siapa sangka kentang yang biasa dimakanan sebagai pengganti karbohidrat ini mempunyai manfaat untuk kesihatan seperti mengatasi kulit wajah yang kering, berjerawat,wajah berminyak dan berbintik-bintik hitam.

Kentang mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, tetapi rendah kadar proteinnya. Disamping itu, kentang memiliki kandungan vitamin C, vitamin B kompleks dan mineral-mineral seperti zinc, dan magnesium yang membuatkan kulit menjadi lebih lembab dan bersinar.

Kentang juga mengandungi fostor, kalium, potasiumdan vitamin C. Dengan adanya kandungan tersebut, kentang mengandungi antioksidan yang baik untuk merawat sel kulit dan mencegah kerosakan sel.Selain untuk wajah yang berjerawat dan mencerahkan kulit wajah, kentang juga dapat mengecilkan lebam bawah mata yang mungkin disebabkan kurang tidur.

Selain itu, kentang juga banyak digunakan untuk pelbagai masker wajah, kerana bermanfaat untuk mengurangi bintik-bintik hitam dan noda pada kulit, menghilangkan pigmentasi pada kulit dan juga mengurangkan jerawat di wajah. Kentang  menunjukan efek menahan penuaan kerana kandungan antioksidannya mencegah perkembangan radikal bebas yang mengakibatkan penuaan semulajadi.

 

Baca Juga: Bahaya Kentang Goreng

 

Khasiat Masker Kentang

Masker kentang mampu menghilangkan warna gelap pada kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari, mengawal pigmentasi secara berlebihan dan menghilangkan noda pada kulit.Hiris nipis kentang mentah (yang sudah dikupas), kemudian tempelkan hirisan kentang tersebut pada wajah anda dan biarkan selama 10 minit.

Setelah itu bilas dengan air sejuk. Anda juga boleh menggunakan kentang mentah yang diparut dan sapukan pada wajah. Letakkan hirisan kentang tersebut di sekitar mata anda untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata dan lebam mata.Anda akan merasakan wajah anda lebih sihat dan segar. Untuk mendapatkan hasil yang berkesan, lakukan 2- 3 kali seminggu.

 

Masker Kentang Untuk Kulit Berminyak

Kentang juga boleh membantu menyerap kelebihan minyak sekaligus dengan kotoran pada kulit anda, sehingga dapat juga digunakan mengubati kulit berjerawat, bintik-bintik hitam dan tona tidak sekata pada kulit.Parut kentang sederhana besar, kemudian toskan parutan kentang tersebut.

Tambahkan dua sudu teh ‘multani mitti’ pada hasil parutan kentang tadi kacau sebati sehingga menjadi pasta kental, multani mitti ini juga membantu menyerap kotoran dan minyak.Gunakan campuran ini pada seluruh wajah anda dan biarkan sampai mengering, kemudian bersihkan dengan air sejuk.

 

Baca Juga: Diet Kentang

 

Masker Kentang Mampu Kurangkan Kedutan

Kentang juga dapat dimanfaatkan untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah, memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan, dan menegangkan kulit.

Parut kentang sederhana besar, tambahkan susu segar (1-2 sudu teh) dan beberapa titis ‘glycerine’- campurkan ia hingga sebati dan sapukan pada wajah. Biarkan masker kentang ini bekerja selama 10 minit, kemudian bilaslah dengan air bersih.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui khasiat kulit pisang untuk kecantikan kulit di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Memilih Bantal Ibu Mengandung Yang Bagus

Next post

Resepi Apam Gula Merah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *