CantikKulit

Ketahui Penyebab Jerawat Suka Tumbuh Di Bibir & Cara Merawatnya

Jerawat Di Bibir - Women Online Magazine

Bentuknya yang kecil dan merah sememangnya merimaskan anda. Lagi parah apabila pada peringkat awalnya hanya satu jerawat yang muncul,lama kelamaan semakin banyak pula jerawat di bibir anda.

Situasi ini pasti merimaskan, kehadirannya pada wajah menjadikan anda serba tak kena. Pendek kata jerawat di bibir membuatkan penampilan anda cacat pada hari tersebut!

Penyebab Jerawat Di Bibir

Jerawat di bibir ini biasanya selalu terjadi apabila anda sedang dalam tempoh menstruasi kerana pada ketika itu hormon tubuh anda tidak seimbang.

  • Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria ini selalunya berpunca daripada penggunaan produk bibir seperti lipstik atau lipbalm yang telah tamat tempoh,kotor atau rosak. Akibatnya,muncul jerawat di bibir anda.

Selain daripada alergi pada makanan, jerawat di bibir juga boleh timbul akibat kulit anda yang sensitif pada produk bibir yang memiliki kandungan kimia tertentu.

 

Cara Mengatasi Jerawat Di Bibir

  1. Makan Sayur Hijau

Langkah pertama untuk mengatasi masalah jerawat di bibir adalah makan makanan bergizi yang terdiri daripada sayuran berdaun hijau dan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin E. Selain itu,jauhilah makanan bergula tinggi dan juga ‘junk food’ kerana ia akan memburukkan lagi masalah jerawat di bibir anda.

  1. Amalkan Banyak Minum Air Putih

Amalkan minum banyak air putih sekurang-kurangnya 7-8 gelas sehari kerana ternyata amalan ini dapat membantu mengimbangi suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita di samping membantu pelawasan.

  1. Pencuci Muka Jerawat

Anda juga boleh membuat rawatan yang boleh anda jalankan sendiri dengan menggunakan pencuci muka jerawat yang mengandungi Salicyclic Acid yang berupaya untuk membersihkan kulit dan mengurangkan radang. Selepas itu,sapukan toner yang mengandungi witch hazel yang akan mengurangkan lagi radang kulit dan membersih kulit dengan lebih sempurna.

  1. Gunakan Krim Jerawat

Terdapat banyak produk yang dapat mengubati jerawat di pasaran yang boleh membantu menyembuhkan jerawat di bibir. Beli krim jerawat yang mengandungi benzoil peroksida 2.5% kerana ia sangat efektif untuk mengubati jerawat di bibir anda. Selain itu,terdapat juga sabun anti-bakteria yang khusus untuk mengurangi jerawat di bibir.

  1. Baking Soda

Baking soda sangat efektif untuk menjadikan kulit lebih lembut dan mengurangi jerawat di bibir. Caranya dengan mencampurkan 2 sudu makan baking soda dalam segelas air panas. Kemudian,sapu pada tempat yang terkena jerawat di bibi dan biarkan selama 10 minit. Akhir sekali bilas dengan air bersih. Walaupun baking soda akan menyebabkan anda berasa pedih,namun ia dapat membantu jerawat anda sembuh.

  1. Pilih Produk Bibir Yang Betul

Pastikan anda memilih produk bibir dengan kandungan bahan semulajadi dan tidak tamat tempoh. Selain itu,jangan lupa untuk mengoleskan lipbalm atau lipcare yang memiliki kandungan SPF sebelum melakukan aktiviti di luar. Malah anda juga boleh mengamalkan masker yang khusus untuk bibir.

Kredit foto: cosmosale.com/coldsore/wp-content/uploads/2014/07/how-to-cover-up-cold-sores.jpg

<< Ketahui kebaikan jika anda memakai krim malam di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Penyebab Telinga Selalu Berdengung

Next post

Apakah Punca Sebenar Hidung Tersumbat?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *