CantikRambut

Hukum Mewarna Rambut

hukum mewarna rambut - women online magazine

(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)

Tahukah anda? Mewarnakan rambut mempunyai beberapa hukum dalam Islam, baca selanjutnya di sini..

Mewarnakan rambut kebiasaannya dilakukan sama ada untuk menutupi uban di kepala ataupun untuk kecantikan. Mengikut sejarah islam, permulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah.

Di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah iaitu bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam. Ini bermakna warna hitam tidak boleh digunakan, warna yang sesuai ialah warna inai dan kekuningan.

Warna hitam akan menyebabkan Abu Quhaafah yang sudah lanjut usianya akan menjadi muda. “Ini wujud penipuan usia di dalam Islam”. Islam adalah agama yang mementingkan ‘kebersihan dan kecantikan’.

Penggunaan pewarna rambut adalah harus dan mestilah menepati tiga syarat iaitu:

1. Pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

2. Tidak mengandungi bahan yang memudaratkan kulit.

3. Boleh menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib menjadi sah.

Sudah semestinya kita perlu merujuk panduan untuk mewarnakan rambut menurut islam adalah seperti berikut:

1. Warna rambut yang dibenarkan bagi orang muda

  • Orang-orang yang lebih muda dari Abu Quhafaf, tidak berdosa mewarnakan rambut dengan warna hitam.
  • Dalam masalah ini al-Zuhri berkata “Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah telah berkedut dan gigi telah goyang kami tinggalkan warna hitam” (Fathul Bari).
  • Bagi mereka yang muda mengalami penyakit atau rambut beruban dibenarkan untuk mewarnakan rambut dengan warna hitam mengikut kesesuaian umur.

2. Bahan untuk pewarna rambut

  • “Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarnakn rambut yang beruban ialah pokok inai dan katam” (Hadis Riwayat Tirmizi & Ashabussunan)
  • Katam ialah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwara hitam kemerah-merahan.

3. Warna rambut yag dibenarkan bagi orang tua

  •  Tidak dibenarkan menggunakan warna hitam untuk mewarnakan rambut yang telah beruban. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Quhafaf yang beruban rambutnya “ ubahlah ini(uban) tetapi jauhilah warna hitam” (Hadis Riwayat Muslim).

4. Mewarnakan Rambut

  •  Mewarnakan rambut dengan inai tidak salah dan dibenarkan Islam sebagaimana fatwa Yusuf Qadrawi; “Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut dan janggut yang telah beruban”.

Kesimpulannya, berdasarkan hadis di atas para ulama berpendapat bahawa mewarnakan uban yang tumbuh pada rambut kepala adalah sunat sama ada lelaki atau perempuan. Warna yang disunatkan untuk digunakan ialah warna kuning atau merah kecuali hitam.

Haram menggunakan pewarna hitam menurut pendapat al-ashah. Walau bagaimanapun, harus mewarnakan uban itu dengan pewarna hitam sekiranya bertujuan untuk menakutkan pihak musuh ketika berjihad.

Selain itu juga, bagi wanita yang sudah berkahwin haruslah mendapat keizinan dari suami untuk mewarnakan rambut. Nabi Muhammad SAW bersabda; “Barang siapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak”.

<< Jom ketahui 5 Cara Merawat Rambut Bercabang di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Makanan Sihat Untuk Anak

Next post

Red Velvet Kukus Dengan Krim Keju

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *