CantikKulit

“Home Facial” Salah Satu Cara Nak Awet Muda

cara nak awet muda- women online magazine

Cara nak awet muda dan cantik tak semestinya anda harus berbelanja hingga kering poket!

Kebanyakan orang pergi ke salun untuk memperoleh hasil yang diinginkan. Tapi, kalau nak berjimat dan tidak mengeluarkan wang sendiri, boleh sahaja anda melakukan beberapa perawatan wajah di rumah.

Selain dapat membantu anda berjimat, ini merupakan cara nak awet muda. Perawatan wajah yang tepat dan semulajadi mampu membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih berseri, awet muda dan meminimunkan efek sampingan yang mungkin timbul daripada bahan-bahan kosmetik yang boleh merosakkan kulit.

Jadi, ada baiknya anda memanjakan diri sendiri di rumah. Selain cara nak awet muda, anda dapat juga menjaga kesihatan dan kesegaran kulit wajah.

Facial di salun memang boleh dianggap sebagai saat untuk memanjakan dan melepaskan ketegangan akibat kepenatan bekerja atau belajar sepanjang minggu. Alunan muzik lembut dan kesegaran wangian aroma terapi yang dinyalakan di sudut ruangan tentunya akan membuatkan anda berasa cool dan begitu relaks sekali.

“Home facial” yang merupakan salah satu cara nak awet muda  ini sebenarnya masih boleh anda lakukannya sendiri di rumah. Jadi, apa kata anda cuba ikuti langkah-langkah berikut.

PERSEDIAAN: Pastikan anda tidak akan keluar rumah pada hari itu dan lengkapkan semua kelengkapan ‘home facial’ agar anda berasa  lebih cool dan relaks seperti:

– CD favorit

– Lilin wangi

– Cermin

– Semangkuk air panas

– Minyak aroma terapi

– Tuala

– Pembersih

– Pengelupasan  kulit (exfoliate scrub)

– Masker wajah

– Pelembap wajah

TAKE NOTE!  Sesuaikan sedikit suasana rumah anda, dengan memainkan  CD kegemaran anda dalam ‘volume’ kecil dan menyalakan beberapa lilin wangi. Pastikan juga kerusi yang anda duduki  itu cukup selesa, dan sediakan tuala tebal serta cermin.

LANGKAH I

Bersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka yang biasa anda gunakan. Pastikan segala sisa kotoran dan sisa mekap tersingkir dari wajah dan leher anda.

LANGKAH 2

Isi mangkuk atau besen dengan air panas, dan tuangkan beberapa titis minya aroma terapi kegemaran anda. Hadapkan wajah ke permukaan mangkuk atau besen, selubung dengan tuala dan cuba relaks. Biarkan wap air panas membuka semua pori-pori wajah anda. Jika  berasa kepanasan, jauhi sebentar wajah anda, dari mangkuk atau besen, kemudian kembalilah ke posisi semula.

LANGKAH 3

Setelah itu teruskan ke proses ‘exfoliating’ atau pengelupasan dengan menggunakan ‘exfoliating scrub’ yang mampu  mengangkat sel kulit mati daripada wajah. Lakukan dengan gerakan memutar searah jarum jam. Bilas bersih.

LANGKAH 4

Setelah itu ikuti dengan gerakan mengurut lembut, lalu aplikasikan masker wajah. Pilihlah masker wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda.

LANGKAH 5

Saat yang paling tepat untuk melindungi kulit ‘baru’ anda dengan pelembap. Hindari pelembap yang pekat/’creamy’. Pilih pelembap yang ringin (jenis losyen), sehingga mudah menyerap dengan cepat ke dalam kulit wajah, sehingga kulit akan terasa lembap bukannya berminyak. Pelembap yang tepat juga akan meminimumkan timbulnya garis-garis kerutan semula jadi.

‘POST FACIAL’ :

Jika anda sudah melalui 5 tahap tersebut, biarkan dahulu jangan terus mengaplikasikan mekap. Duduklah dengan tenang sambil menikmati novel kegemaran anda selama beberapa jam agar kulit anda boleh bernafas lega.

Info Ekstra:

Cara Mengecilkan Pori-Pori Kulit Wajah;

  • Ais Batu

Salah salah cara paling cepat dan efektif untuk mengecilkan pori-pori adalah dengan menggosokan ais batu ke wajah dengan tekanan ringan. Selain itu, boleh mengurangkan kulit wajah daripada berminyak.

  • Madu

Bukan setakat berfungsi sebagai antibakteria, tetapi juga boleh mengecilkan pori-pori kulit dan mengurangi lebihan minyak pada wajah. Madu boleh digunakan sebagai campuran masker,boleh juga dicampur dengan jus lemon dan terus disapu pada kulit wajah. Urut perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk sehingga bersih.

Kisar tomato hingga halus, selepas itu sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Bilas wajah dengan menggunakan air suam, kemudian cuci dengan pembersih muka untuk menghilangkan sisa-sisa tomato tadi dan bilas sehingga bersih.

  • Jus Mentimun

Kisar mentimun sehingga lumat dan campurkan dengan tepung jagung. Kemudian sapukan di wajah, biarkan selama 15 minit. Setelah kering, bilas sehingga bersih dengan menggunakan air suam.

Kredit foto: allyou

<< Ingin tahu cara menegangkan kulit muka? Semak di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Laksa Penang

Next post

Resepi Laksa Johor

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. July 29, 2015 at 8:38 pm — Reply

    Appear to get a concealer palette that comes with two various
    shades of concealer. This enables you to blend a completely customized shade
    which will melt flawlessly into your skin. Use modest dabbing and patting motions to apply the concealer
    more than red locations, broken capillaries, and
    any other marks or discolored locations.

Leave a Reply to home microdermabrasion Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *