CantikKewanitaanSihat

7 Cara Hilangkan Bau Ketiak Paling Berkesan

Hilangkan Bau Ketiak - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Hilangkan Bau Ketiak. Jom ketahui cara untuk  hilangkan bau ketiak anda ketika masih dalam ‘Period' di sini.

Kaum wanita lebih cenderung mempunyai masalah bau badan ataupun bau ketiak berbanding lelaki.

Jadi, sebab itulah kebanyakan wanita lebih menitikberatkan soal kebersihan tubuh badannya. Dalam keadaan tertentu juga seperti ketika ‘period’/menstruasi ataupun ‘datang bulan’, wanita boleh mengalami masalah bau badan yang luar biasa.

Jika anda tergolong dalam kategori wanita yang punya masalah sebegini, anda tentunya tidak mahu masalah bau ketiak atau bau badan ini menganggu aktiviti harian dan juga orang-orang di persekitaran anda.

Bau ketiak adalah masalah klasik buat wanita. Bau badan ini timbul disebabkan hasil metabolisme peluh oleh ‘microorganism’ di kulit. Manakala penyebab bau ketiak iaitu bakteria semulajadi pada kulit telah memecah protein dalam peluh sehingga menjadi asid.Kedua jenis asid yang melepaskan bau tidak menyenangkan itu ialah asid ‘propionat’ dan asid ‘proponat’ yang memiliki bau masam seperti cuka.

 

Baca Juga: Khasiat Cuka Epal

 

Sungguhpun begitu, anda yang berhadapan dengan masalah ini jangan susah hati. Ada jalan penyelesaiannya kerana ada beberapa tips yang boleh anda cuba untuk hilangkan bau ketiak ataupun bau badan anda yang ‘menyengat’ itu.

 

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk hilangkan bau ketiak:

1. Jaga Pemakanan

Ketika ‘period’ beberapa masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, biasanya akan muncul. Salah satunya adalah masalah bau ketiak ataupun bau badan. Untuk mengatasinya, anda perlu memperhatikan jenis makanan yang anda makan. Sebaiknya anda tidak memakan makanan yang beraroma tajam seperti petai, jering dan banyak rempah kerana ia akan mempengaruhi bau badan anda.

Cuba seimbangkan pola pemakanan dengan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan segar. Pilih yang mengandungi vitamin dan mineral yang dapat menghapuskan bakteria penyebab bau yang tidak menyenangkan di mulut, badan dan juga ketiak.

 

2. Utamakan Kebersihan

Cara menghilangkan bau ketiak yang paling murah dan efektif adalah dengan menjaga kebersihana tubuh seperti mandi secara teratur dua kali sehari.

Jarang mandi dan memakai pakaian yang tebal ketika cuaca panas boleh membuatkan bakteria yang terdapat pada peluh semakain memecah protein sehingga menimbulkan bau badan.

 

3. Pakai Minyak Wangi

Masalah bau badan boleh menghilangkan keyakinan anda untuk berada di khalayak ramai. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan minyak wangi. Tak kira ketika anda ‘period’ ataupun tidak. Anda juga disarankan menggunakan deodorant. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah menggunakan wangian tersebut ketika anda sudah mulai rasa ada bau yang tidak menyenangkan.

 

4. Bawa Pakaian Ganti

Biasanya ada beberapa masalah yang terjadi pada wanita ketika ‘period’. Misalnya, lebih berpeluh dan ia sangat mempengaruhi pada masalah bau ketiak dan juga bau badan. Sebaiknya anda bawa pakaian ganti, dan pada saat anda mula rasa tidak selesa, gantilah pakaian yang anda pakai itu. Selain itu, jangan lupa untuk menjaga kebersihan tubuh anda.

 

Baca Juga: Cara Putihkan Ketiak

 

5. Cukur Bulu Ketiak

Rajin mencukur bulu ketiak juga boleh mengurangkan baunya. Ini adalah kerana bulu yang tumbuh di kawasan ketiak boeh menyebabkan bakteria merebak.

Namun, membersihkan ketiak memadai jika anda menggunakan sabun dan skrub sahaja, supaya ketiak tidak mengeluarkan bau. Jika anda tambah dengan bahan pembersih yang lain, ia hanya akan membuatkan ketiak anda menjadi kering dan akan berisiko menimbulkan bau peluh yang lebih banyak lagi.

 

6. Kawal Berat Badan

Anda yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan, tentu lebih berpotensi berhadapan dengan masalah ini. Berat badan yang berlebihan boleh mengundang pengeluaran peluh yang berlebihan. Apabila anda telah berjaya menurunkan sedikit berat badan anda, tambahkan pengambilan serat dan hindari makanan berempah atau beraroma tajam di menu makanan anda terutama menjelang dan waktu ‘period’. Ia akan menolong anda membuang endapan racun dari tubuh.

 

Baca Juga: Detoks Jus Sayur Dan Buah

 

7. Khasiat Limau Nipis & Lemon

Limau nipis dan lemon boleh menurunkan pengeluaran peluh, menghilangkan bau ketiak serta bau badan, sekaligus mencerahkan ketiak. Gosoklah limau nipis atau lemon ke ketiak anda sewaktu anda mandi. Lakukan seminggu sekali secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Jom ketahui cara untuk pulih selepas bersalin di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Diet Pasti Lebih Menjadi Dengan Salad Buah-Buahan

Next post

4 Sebab Utama Bosan Kerja!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *