CantikKewanitaanSihat

Penyakit Fibroid Semakin Mengancam Organ Penting Wanita

PENYAKIT FIBROID - women online magazine-2

KreditFoto: Sekadar Hiasan

Penyakit Fibroid. Apa yang anda tahu tentang penyakit fibroid? Sejauhmanakah anda menjaga kesihatan anda?

Bagaimana pula dengan cara pemakanan anda? Andakah sering melakukan pemeriksaan berkala di hospital atau klinik berdekatan?Hati-hati wahai kaum wanita, penyakit fibroid boleh menyebabkan kita kehilangan organ yang paling berharga.

Penyakit fibroid adalah sejenis ketumbuhan dan bukanlah kanser yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, penyakit fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti masalah pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dengan suami dan sebagainya. Ketumbuhan ini boleh membesar sehingga sebesar sebiji bola.

 

Baca Juga: Cara Menghilangkan Keputihan

 

Secara amnya, golongan wanita yang berisiko untuk mengalami penyakit fibroid ialah:

  • Wanita yang berusia antara 30 hinga 50 tahun.
  • Wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan ketika kedatangan haid
  • Wanita yang mengalami pendarahan pada masa sebelum hari yang sepatutnya kedatangan haid.
  • Wanita yang mengalami senggugut yang teruk.
  • Wanita yang mengalami sakit dalam perut semasa melakukan hubungan intim dengan suami.
  • Wanita yang mengalami perut yang buncit, rasa tidak selesa pada bahagian abdomen atau rasa sakit kejang pada abdomen bawah.
  • Wanita yang mengalami sembelit akibat tekanan ketumbuhan fibroid pada saluran najis dan rasa kerap buang air kecil akibat tekanan pada pundi kencing.
  • Wanita yang sering mengalami keguguran dan mengalami masalah sukar untuk hamil.

 

Kebanyakan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana penyakit ini tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa bengkak atau ketulan pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui puncanya.

Ujian ultrasound scan adalah cara yang mudah untuk membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari. Penyakit  fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor akan mempertimbangkan rawatan bergantung kepada:

  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi.
  • Berapa cepat ketumbuhan fibroid tersebut membesar.
  • Usia anda kerana ketumbuhanfibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopause.
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung.

Sekiranya anda memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Myomectomy– dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor

Hysterectomy – pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang menginginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.Terdapat juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana ketumbuhan fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

 

Baca Juga: Bahaya Penyakit Kelamin

 

Selepas melakukan pembedahan secara myomectomy, sebanyak 25% risiko untuk penyakit fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Cara yang paling selamat bagi memastikan penyakit fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui pembedahan hysterectomy.Untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit fibroid, anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan bermula pada peringkat kanak-kanak lagi iaitu sebelum umur haid.

Makanan yang boleh mengotorkan darah perlu dikurangkan seperti makanan segera, makanan yang mengandungi bahan kimia, makanan yang mengandungi HVO (hydrogenated vegetable oil) seperti majerin, creamer non- dairy, kek, krim, roti, shortening, coklat dan ayam goreng segera harus dielakkan.

 

Baca Juga: Kuasa Alat Sulit Wanita

 

Selain itu, anda perlulah memakan  buah-buahan yang berwarna cerah dan segar serta sayur-sayuran hijau gelap. Walaupun anda tidak mempunyai penyakit fibroid pada masa ini, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai fungsi pencegahan. Tetapi jika anda sudah mempunyai penyakit fibroid dalam rahim anda, diet seperti makanan segar organik tanpa bahan tambahan adalah sangat berguna.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya

<< Ketahui lebih lanjut tentang khasiat ikan sardin. Baca di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui 5 Tip Temuduga Paling Berkesan

Next post

Wah, Sedapnya Nasi Goreng Nanas!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *