CantikRambut

5 Cara Menyuburkan Rambut

Cara Menyuburkan Rambut - woman online magazine

Kredit : asian-sirens

Cara Menyuburkan Rambut Ini Wajar Anda Cuba. Ini adalah kerana memiliki rambut yang subur tidaklah semudah yang kita bayangkan.

Betul! Ada banyak faktor yang akan membuatkan kita berhadapan dengan banyak masalah rambut. Lebih-lebih lagi jika kita aktif beraktiviti dan kerap berada di luar rumah.Meskipun kini terlalu banyak produk yang dikatakan boleh memberikan kesuburan pada rambut, namun produk tersebut belum tentu memberikan jamanin bahawa ianya sihat dan mampu menyuburkan rambut anda.

 

  1. Madu

Madu sememangnya memunyai pelbagai khasiat yang boleh dijadikan ubat dan bahan kecantikan.Salah satunya adalah sebagai penyubur rambut.Caranya cukup mudah, sapukan madu asli pada rambut, sambil mengurut lembut di kepala. Sapu secara merata dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian tutup kepala dengan tuala suam selama lima minit, kemudian bilas dengan air suam.

 

  1. Sayur Bayam

Selain enak dijadikan sayur, bayam juga boleh dijadikan bahan penyubur rambut.Ambil seikat bayam, cuci bersih. Kemudian tumbuk bayam sehingga halus. Tambahkan ½ cawan air masak dan I sudu makan madu.Perah dan tapis. Minum setengah cawan, tiga kali sehari.

 

  1. Kelapa Hijau

Ternyata kelapa hijau juga boleh anda gunakan untuk menyuburkan rambut.Ambil sebiji buah kelapa hijau, buatlah lubang di salah satu bahagian.Masukkan satu sudu teh garam, kemudian diembunkan. Gunakan airnya untuk membasuh kulit kepala sambil diurut-urut. Lakukan setiap petang selepas mandi, dan bungkus dengan tuala sampai pagi.

 

  1. Minyak Kelapa & Lemon

Minyak kelapa juga boleh anda gunakan sebagai bahan untuk menyuburkan rambut. Ambil lapan sudu makan minyak kelapa dan sebiji lemon. Ambil perahan lemon tersebut dan campurkan dengan minyak kelapa tadi. Kemudian sapukan pada kulit kepala sambil mengurut lembut. Biarkan selama setengah jam, selepas itu barulah dibilas dengan air bersih.

 

  1. Lidah Buaya

Kandungan zat di dalam lidah buaya boleh membantu warna rambut menjadi lebih hitam serta memperkuatkan akar rambut. Ambil lidah buaya secukupnya, cuci bersih, kupas dan ambil lendirnya gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasuh. Bungkus dengan tuala, biarkan pada keesokkan harinya dicuci. Lakukan setiap hari selama tiga bulan untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui tips mencegah rambut beruban di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Anak Anda Terkena Penyakit Disleksia? Semak Di Sini!

Next post

5 Tips Pilih Blouse Labuh Untuk Wanita Bertudung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *