CantikKulit

Cara Penjagaan Muka Yang Betul Dan Perlu Anda Ketahui

Penjagaan Muka - Woman Online Magazine

Kredit: bp

Cara Penjagaan Muka. Ramai di antara kita yang ambil mudah tentang cara penjagaan muka.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada beberapa berkara yang perlu anda pedulikan ketika membersihkan muka. Pastikan cara penjagaan muka yang anda buat itu mampu membuatkan muka menjadi bersih dan bukannya merosakkan kulit muka!

 

Berikut beberapa perkara yang perlu anda elakkan ketika membersihkan muka. Antaranya….

 

  1. Jangan Gunakan Pembersih Muka Yang Salah

Supaya muka menjadi bersih tanpa sebarang kesan sampingan, anda sebaiknya mengetahui produk pembersih muka yang sesuai untuk kulit muka anda.Pembersih muka yang bagus biasanya mampu menanggalkan segala kotoran pada wajah tanpa terlalu banyak mengambil minyak semulajadi pada kulit muka anda. Anda disarankan memilih pembersih muka yang tidak terlalu meninggalkan rasa kesat pada kulit muka. Paling penting, pilihlah pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit muka anda.

 

  1. Terlalu Kerap Membersihkan Muka

Tentu ramai di antara kita yang beranggapan bahawa sering membersihkan muka akan membuatkan muka mereka bersih dan sihat.Hakikatnya membersihkan muka terlalu kerap sebenarnya tidak bagus tidak kulit muka. Selain dapat membuatkan wajah iritasi, kulit muka anda pun boleh menjadi terlalu kering ataupun lebih berminyak. Memadai jika anda membersihkan wajah tiga kali sehari.

 

  1. Mencuci Muka Dengan Air Yang Agak Panas

Air suam dikatakan dapat membuka pori-pori, manakala air sejuk pula boleh menutup pori-pori. Pada kenyataannya, pori-pori itu tidak boleh menutup atau membesar kerana tidak ada otot pada pori-pori. Sebaiknya anda membersihkan wajah hanya menggunakan air pada suhu normal atau suam-suam kuku ketika membersihkan wajah. Mencuci wajah dengan air yang terlalu panas boleh membuatkan kulit anda menjadi terlalu kering ataupun mengeluarkan lebih banyak minyak.

 

  1. Tidak Membilas Dengan Sebersihnya

Pastikan anda membilas muka dengan bersih biarpun anda nak cepat supaya kulit wajah anda benar-benar bersih dan sihat.Sisa-sisa daripada pembersih muka boleh merosakkan kulit wajah.

 

  1. Sering Melakukan Penggelupasan Kulit Wajah

Terlalu kerap melakukan penggelupasan kulit wajah sememangnya tidak bagus buat kulit. Jadi, jika anda ingin melakukan skrub pada wajah, sebaiknya dilakukan dua kali seminggu. Agar tidak terlalu kasar, kamu boleh melakukan skrub dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan buah strawberry, avokado dan sebagainya. Jangan menggosok kulit wajah dengan terlalu kuat atau kasar supaya kulit tidak luka atau iritasi.

<< Ketahui cara mengatasi jerawat di kepala di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Paling Tepat Memilih Buah-Buahan Segar Yang Bebas Daripada Suntikan

Next post

Ketahui 5 Fungsi Concealer Yang Mampu Buat Penampilan Wajah Lebih Memukau

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *