CantikSolekan

Ketahui Cara Pakai Makeup Yang Betul Ketika Nak Bersenam

Cara makeup yang betul - woman online magazine

Kredit : geniusbeauty

Siapa kata tak boleh pakai makeup ketika bersenam? Boleh! Lagipun kini sudah banyak produk makeup yang diformulakan khas untuk digunakan ketika beraktiviti di bawah cahaya matahari.Ramai wanita yang tidak memakai makeup ketika bersenam kerana takut makeupnya luntur disebabkan peluh yang bercucuran.

Paling penting, anda perlukan foundation atau alas bedak yang mengandungi SPF.Selebihnya, gunakan sahaja produk makeup anda apa yang ada.

Cara makeup yang betul ketika bersenam adalah seperti berikut:

  1. Pakai Sunblock

Sinaran matahari boleh membuatkan kulit jadi berkerepot serta meninggalkan bintik-bintik hitam.Jadi, pilihlah sunblock yang mengandungi SPF yang tinggi. Setelah memakai pelembab, sapukan sunblock bagi memastikan anda telah memberikan perlindungan total terhadap kulit wajah anda daripada bahaya matahari.

  1. Gunakan Foundation/Alas Bedak Yang Tepat

Jangan pakai foundation yang terlalu tebal. Ini adalah kerana pancaran matahari akan membuatkan makeup anda menjadi rosak akibat terkena peluh. Cara makeup yang betul ketika bersenam adalahmemilih foundation ringan yang mengandung air dan mineral.

  1. Pilih Bedak Transparent

Jangan menggunakan bedak yang lebih cerah daripada warna kulit anda.Lebih baik memakai translucent powder iaitu bedak yang tidak berwarna dan berfungsi menonjolkan cahaya semulajadi di wajah meskipun anda berpeluh.

  1. Maskara Tahan Air

Pilihan maskara yang mengandungi bahan tahan air dan peluh.

  1. Pemerah Pipi Dan Eye Shadow Berwarna Natural

Pilih warna natural agar anda tetap segar.Pastikan pemerah pipi dan eye shadow yang digunakan di wajah tidak berlebihan.

  1. Vitamin Bibir

Sentiasa gunakan pelembab bibir bervitamin agar bibir anda sihat dan tidak kering.

<< Ketahui cara mudah untuk memancungkan hidung anda di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Khasiat Makan Kacang Merah

Next post

5 Makanan Ini Boleh Jadi “Ubat Kuat Seks”

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *