CantikRambut

Cara Merawat Rambut Keriting Supaya Tidak ‘Mengembang’

Cara Merawat Rambut Kerinting - Women Online Magazine

Foto: oblixcare

Rambut keriting biasanya kering, kusut, sukar didandan dan cenderung suka mengembang. Keadaan ini tentu sahaja membuatkan pemilik rambut keriting stress dan hilang keyakinan diri.

Apapun, relaks ok. Dengan perawatan yang tepat, rambut keriting pun boleh menjadi sihat, mudah didandan dan kelihatan ‘superb’! Mempunyai rambut keriting ikal memang nampak seksi. Bahkan sebagian orang memilih mengeritingkan rambut agar kelihatan lebih elegan.

Namun, ramai juga wanita yang mempunyai rambut keriting semulajadi, tetapi kurang gembira kerana rambutnya mengembang, kering dan kusut. Untuk mengatasi masalah tersebut, jom semak beberapa cara untuk merawat rambut keriting .

  1. Gunakan Produk “Anti-Frizz”

Terdapat banyak produk perawatan rambut, dan pilihlah “Anti-Frizz” untuk membantu mengatasi masalah ini. Memakai pelembab rambut setelah membasuh dan sebelum rambut kering juga membantu membuat rambut lebih mudah diatur, mencegah rambut kering dan  membuatnya lembut.Ada produk “Anti-Frizz” berbentuk gel, cecair atau krim.  Gunakan salah satunya, yang sesuai dengan karakter dan cara pemakaian yang anda sukai. “Anti-Frizz” yang elok biasanya sudah dimasukkan dengan serum sekali.

  1. Gaya Rambut

‘Tension’ dengan rambut keriting panjang yang terus mengemban? Cara terbaik, biasanya dengan memotong rambut tersebut. Biarpun tidak menyelesaikan masalah tersebut seratus peratus, tetapi apa salahnya jika anda cuba mengubah gaya rambut dengan potongan ‘layer’. Potongan seperti ini akan memberi kesan rambut keriting yang  lebih nipis dan tidak kelihatan terlalu tebal.

  1. Menggulung & Mengikat Rambut

Agar rambut mengembang tidak mengganggu aktiviti, ramai yang memilih untuk mengikatnya atau menyanggulnya. Biarpun ringkas dan pratikal, namun jangan terlalu membiasakannya kerana ia boleh membuatkan rambut anda jadi semakin mengembang.

  1. Jangan Cuci Rambut Pada Setiap Hari

Bagi anda yang memiliki rambut keriting dan mengembang waktu yang disarankan untuk mencuci rambut adalah dua kali sehari. Jangan melakukannya setiap hari. Ini adalah kerana ia akan membuatkan rambut anda menjadi semakin mengembang. Gunakan ‘conditioner ketika mencuci rambut untuk mencegah rambut kusut dan kering.Sebaiknya cuci rambut di bawah shower.Biarkan airnya membilas rambut dengan cara rapi dan menurun ke bawah. Keadaan ini akan menjadikan rambut tidak mengembang walau sudah kering.

  1. Sapu Serum Atau Masker Rambut

Setelah mencuci rambut, ada baiknya rambut keriting anda itu disapukan dengan serum agar tetap lembab dan lembut. Fungsi serum dalam perawatan rambut keriting dapat menjaganya agar tidak rosak, menjadikan rambut selalu lembab dan tidak pecah-pecah.

Cara berkesan untuk mengatasi masalah rambut yang satu ini adalah dengan melakukan masker rambut. Paling kurang,  lakukan masker rambut sekali dalam seminggu. Cara ini mampu melindungi folikel rambut, mencegah rambut kering dan mengembang. Selain itu, anda boleh juga menggunakan bahan semulajadi seperti ‘coconut oil’ atau ‘grape oil.’

  1. Pilih Sikat Yang Sesuai

Jangan menggunakan sikat bergigi rapat jika anda mempunyai rambut keriting dan mengembang. Sikat juga berpengaruh pada pengeluaran sebum rambut dan kelancaran perjalanan darah di kulit kepala. Gunakan sikat bergigi lebar dengan hujung tumpul untuk rambut jenis ini.

  1. Hindari Menggunakan Pengering Rambut

Terburu-buru dan ingin rambut cepat kering adalah alasan ramai wanita untuk menggunakan pengering rambut. Angin panas dari alat pengering rambut membuatkan rambut keriting semakin kering dan kusut. Gunakan tuala untuk mengeringkannya. Keringkan perlahan-lahan dengan cara menepuk-nepuk rambut basah. Jika ingin mengeringkannya dengan alat pengering rambut, memadai sekadar menghilangkan air yang menitis dari rambut hingga rambut setengah kering.

<< Ketahui ubat paling mudah dan berkesan untuk mengatasi rambut gugur di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Buah Melon Menyimpan Sejumlah Khasiat Bagi Kesihatan Manusia

Next post

Bahaya Penyakit Meningitis Yang Harus Kita Ketahui & Fahami

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *