CantikKulit

Ketahui Cara Merawat Bibir Yang Betul

Merawat Bibir - Woman Online Magazine

Kredit: thecliniclisburnroad

Cara Merawat Bibir. Bagaimanakah cara anda merawat bibir supaya sentiasa sihat dan bebas daripada kekeringan atau ‘pecah-pecah’ serta menggelupas?

Jika anda kurang yakin dengan cara merawat bibir yang telah anda lakukan, semak dan baca artikel ini sehingga habis. Ternyata merawat bibir yang betul bukan setakat anda telah memakai lip balm atau lip scrub sahaja, ada beberapa cara merawat bibir yang lain perlu anda patuhi.

Berikut beberapa cara betul untuk merawat bibir, antaranya…

 

  1. Scrubbing

Bibir yang cantik dan sihat tentunya daripada penjagaan yang tepat atau betul.Untuk mengangkat sel-sel kulit mati di bibir, anda perlu melakukan scrubbing bibir secara rutin kira-kira dua minggu sekali. Kulit bibir sangat nipis, pastikan anda melakukan scrubbing dengan selembutnya. Di samping itu, anda juga boleh membuat scrub bibir sendiri dengan cara mencampurkan gula dan minyak zaitun dalam jumlah yang sama. Hasilnya, bibir anda pasti lebih lembut dan cerah.

 

  1. Jaga Kelembapan Bibir

Bagi anda yang memiliki jenis bibir kering, anda wajib memakai lip balm secara rutin. Ia penting untuk menambah kelembapan bibir. Selain perlu dipakai untuk kegunaan sehari-hari, lip balm juga penting dipakai sebelum anda mengaplikasikan lipstick matte supaya bibir anda tetap selesa.

 

  1. Pilih Pelembab Bibir Ada SPF

Bukan hanya muka sahaja yang perlukan perlindungan terhadap sinaran matahari, sebaliknya bibir juga! Pilih pelembab bibir yang mengandungi SPF 30 Lip Balm. Kandungan SPF didalamnya berkesan untuk melindungi bibir daripada sinaran matahari. Pastika anda memakainya setiapkali keluar dari rumah.

 

  1. Berikan Sedikit Warna Untuk Bibir Anda

Kini Lip Balm tersedia dengan pelbagai warna pilihan. Ada warna merah, pink, ungu,biru dan sebagainya. Sungguhpun begitu, anda kena lebih bijak dalam membuat pilihan. Pastikan kandungannya ada Shea Butter, Jojoba Oil ataupun Mango Seed Butter yang mampu memberikan kelembapan ekstra buat bibir anda.

<< Ketahui cara mudah buat bibir anda cantik dan nampak penuh di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wajib Cuba! Cara Diet Mudah Tanpa Perlu Bersenam

Next post

Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *