CantikKulit

Mesti Cuba! 4 Cara Menghilangkan Daki Di Badan

Cara Menghilangkan Daki Di Badan - woman online magazine

Kredit : 3tn

Ingin Tahu Cara Menghilangkan Daki?Teruskan pembacaan anda di sini.

Daki merupakan kotoran yang sudah menimbun dan bercampur dengan peluh. Kulit yang berdaki biasanya akan berwarna kehitaman dan nampak kusam. Antara bahagian kulit yang berdaki biasanya terdapat pada lipatan ketiak, lutut, lipatan paha dalam, dan leher. Daki sememangnya tidak akan hilang dengan mudah meskipun anda kerap mandi.Daki membuatkan kulit anda menjadi kusam dan kering.

Berikut beberapa cara menghilangkan daki yang boleh anda praktikkan.

 

  1. Menjaga Kebersihan Tubuh

Menjaga kebersihan tubuh sangat penting jika anda ingin memiliki kulit yang bersih. Mandi dua atau tiga kali sehari dapat mencegah timbunan kekotoran yang menyebabkan daki  melekat pada tubuh.

 

  1. Serbuk Kopi

Bagi anda yang menggemari kopi, boleh ambil sedikit serbuk kopi anda untuk menghilangkan daki yang melekat pada tubuh. Serbuk kopi boleh dijadikan sebagai skru. Ambil beberapa sudu serbuk kopi, dan gosoklah pada kulit yang berdaki.

 

  1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi daki yang melekat. Cara membuatnya juga sangat mudah, ambil sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan segenggam beras yang sudah disangrai dan telah ditumbuk halus. Anda boleh juga meletakkan beberapa titik perahan limau nipis. Setelah itu, sapukan pada bahagian kulit yang berdaki.

 

  1. Limau Nipis

Rasa masam yang pekat pada limau nipis boleh dijadikan senjata berkesan untuk menghilangkan daki. Belah buah limau nipis menjadi dua bahagian, kemudian disapu dan digosok pada bahagian kulit yang berdaki. Pastikan tidak ada sebarang luka pada kulit kerana rasanya sangat pedih apabila terkena perahan air limau nipis tersebut.

<< Ketahui cara mudah memutihkan lutut yang hitam di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Penyakit Kanser - Pengesanan Dan Rawatan Awal Menyelamatkan Nyawa Anda

Next post

Resepi Nasi Ayam Hainan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *