CantikDietSihat

Harus Cuba! 6 Cara Mengawal Nafsu Makan Dengan Lebih Berkesan

tips kawal nafsu makan - women online magazine

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Cara Mengawal Nafsu Makan. Adakah anda seorang yang susah nak kawal rasa makan?

Berat badan sering menjadi masalah bagi setiap orang, tak kira lelaki ataupun wanita. Tubuh yang gemuk boleh boleh membuatkan seseorang itu berasa rendah diri serta hilang keyakinan untuk berhadapan dengan ramai orang.

Bagi anda yang sedang berdiet, pasti ingin diet dengan mengurangi nafsu makan. Bagaimana mahu mengurangi nafsu makan yang berlebihan itu  dengan lebih berkesan?

Berikut beberapa cara yang boleh anda praktik untuk membantu dalam pengawalan nafsu makan.

Cara Mengawal Nafsu Makan adalah seperti berikut: 

1.   Minum air putih dengan  lebih banyak

Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh.  Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

 

2.   Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!

 

3.   Jangan lambat bersarapan!

Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting.  Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya,  anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.

 

Baca Juga: Menu Diet Sarapan Pagi

 

4.  Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.

 

5. Pengambilan teh

Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolisme lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.

 

Baca Juga: Khasiat Teh Hitam

 

6.  Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.

 

Nota Kaki: Jika suka artikel ini, SHARE lah dengan kawan-kawan anda.Perkongsian yang cukup bermanfaat.

<< Jom ketahui menu sarapan pagi terbaik untuk diet hari ini juga di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nikmatnya... Berkahwin Dahulu Baru Bercinta!

Next post

5 Panduan Membeli Alatan Memasak Yang Akan Buat Anda 'Laju' Memasak!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

4 Comments

  1. June 2, 2014 at 11:19 am — Reply

    tak kawal nafsu makan, berat badan mesti cepat naik dan lebih merisaukan mudah datang sakit.

  2. April 6, 2015 at 12:26 pm — Reply

    Mengamalkan cara hidup yang sihat amat penting untuk mengawal nafsu makan seseorang..

  3. October 13, 2017 at 1:50 pm — Reply

    tips yang sangat membantu. Terima kasih..

    • May 4, 2019 at 12:46 pm — Reply

      Sama sama puan,jangan lupa share post kami ya!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *