CantikSolekan

6 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Kredit Foto: dressjessxo

Cara Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata. Adakah anda mempunyai lingkaran gelap di bawah mata?

Saat menatap wajah di cermin, anda terkejut besar! Kenapa? Mata anda nampak sembab! Pastinya gara-gara tidak cukup tidur pada malam sebelumnya… Usah gusar memikirkan mata yang sembab kerana ia boleh di atasi dengan cara yang mudah.

Jom buat sedikit trik untuk sembunyikan mata sembab anda itu dengan solekan. Sudah pasti, tiada yang perasan atau menyedari lingkaran gelap di bawah mata anda itu.

Sebelum itu, jom ketahui ciri-ciri mata sembab anda terlebih dahulu.

Adakah ia?

i.        Bluish Dark Circle

  • Kebiasaanya, pada individu yang berkulit putih merah(cool undertone).
  • Contohnya:  Orang Cina/Caucasian

 

ii.        Brownish Dark Circle

  • Terjadi pada mereka yang berkulit putih kuning dan kulit paling gelap(warm undertone)
  • Contohnya: Orang Melayu dan India.

 

Untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, ada beberapa trik yang boleh anda cuba.

1.  Sebelum menggenakan solekan, kedapkan kawasan mata menggunakan uncang teh yang telah disejukkan terlebih dahulu (selama 8 minit).

  • Pada masa yang sama, berbaringlah dengan bahagian kepala ditinggikan sedikit(menggunakan bantal yang tinggi).
  • Ini membantu lebihan bendalir di sekitar mata mengalir dengan lebih cepat.
  • Selepas itu,alihkan uncang teh tersebut dan cuci wajah anda.

 

2. Kemudian, sapukan krim pelembap di wajah.

  • Pilihlah produk dengan kandungan yang tidak mudah terbakar seperti chamomile,kafein,timun atau teh hijau dan hitam.
  • Ia berfungsi meredakan kerensangan mata sembab atau lebam.

 

Baca Juga: Khasiat Bunga Teratai

 

3. Jangan lupa sapukan gel mata di sekitar bawah mata dan pada kelopak mata.

  • Biarkan ia selama 5 minit agar ia menyerap sepenuhnya pada sekitar mata.

 

4. Penggunaan ‘concealer’ bertujuan untuk menutup sembab mata sebelum menggunakan bedak asas.

  • Sapuan ‘concealer’ tidak boleh terlalu tebal untuk menutup sembab mata kerana ia akan menjadi tompokan berkerut.
  • Pilih ‘concealer’ yang sama warna dengan bedak asas agar kelihatan semulajadi.
  • Kemudian,gunakan bedak asas hanya pada sudut dalam dan luar mata. Sembab dan lebam yang berada di sekitar mata tidak akan kelihatan.

 

5. Gunakan berus yang lebih kecil untuk menyapu pembayang mata yang sama betul-betul di garisan bawah mata.

  • Setelah itu, barulah sapukan pembayang mata daripada rona senada dengan kelopak mata menggunakan berus.

 

Baca Juga: 4 Cara Mekap Simple

 

6. Tidak perlu menggunakan penggaris mata kerana ia hanya akan membuatkan sembab di mata kelihatan lebih ketara.

  • Sebaiknya gunakan pelentik bulu mata dan sapukan maskara hitam.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya.

 << Jom dapatkan teknik solekan supaya anda nampak awet muda di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Petua Berkesan Mengubati Bayi Selsema

Next post

5 Makanan Pahit Terbaik Untuk Kesihatan Wanita

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *