CantikKewanitaanSihat

5 Cara Berpantang Yang Elok Selepas Bersalin

cara berpantang buat wanita - women online magazine

( Gambar ini adalah sebagai hiasan )

Foto: Sekadar Hiasan

Cara Berpantang. Kepada wanita yang baru lepas bersalin, jom ketahui cara berpantang wanita selepas bersalin dengan membaca artikel ini sampai habis.

Amalan berpantang masih diamalkan oleh sebahagian wanita Melayu pada zaman yang serba moden ini. Ada yang mengamalkan secara tradisional, di mana mereka akan mengambil jamu, bertungku dan sebagainya tak kurang ada yang mengamalkan cara moden dengan membeli set lengkap bersalin atau mengambil pil-pil dan vitamin untuk memulihkan sistem dalaman.

Tahukah anda, tradisional seperti di bawah ini mampu membuatkan badan anda yang lesu setelah melahirkan kembali pulih, rahim akan cepat mengecut dan potongan badan anda kembali ramping. Jadi, jika mahu tubuh kembali menawan dan ramping, jom.

 

Antara amalan berpantang tradisional yang boleh anda lakukan ialah;

1. Urutan badan

Wanita baru bersalin digalakkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Ia bertujuan membantu dari segi melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak serta menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali kepada bentuk badan asal serta mempercepatkan proses pemulihan badan.

 

2. Mandian herba

Mandian air rebusan herba, akar kayu dan rempah membantu untuk mengembalikan tenaga, mengeluarkan angin, menghapuskan bau daripada darah nifas dan rembesan lain.

 

Baca Juga: Khasiat Minyak Kelapa Dara

 

3. Bertungku

Ia bertujuan mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir perlu mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan masyarakat Melayu.

Tujuan bertungku untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Bertungku juga membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan tubuh kepada keadaan asal.

Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas dan pandan kemudian dilapis dengan kain. Bertungku perlu dilakukan selama sejam, tetapi jika masa tidak mengizinkan, lakukannya sekurang-kurangnya setengah jam. Selain perut, pastikan proses ini dilakukan pada bahagian paha.

 

Baca Juga: Kebaikan Bertungku

 

4. Amalan berbengkung

Amalan berbengkung boleh membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya kembali kepada bentuk asal.

Ia juga mengetatkan perut dan otot yang longgar sepanjang kehamilan, menggalakkan postur tubuh yang baik agar membantu penyusuan bayi, memecahkan lemak dan selulit serta mencegah daripada makan berlebihan.

Pemakaian stokin tebal turut memainkan peranan supaya badan anda tidak masuk angin, selain itu juga ia mengekalkan awet muda.

 

5. Makan Jamu

Jamu antara aspek penting dalam amalan berpantang kerana dipercayai boleh membantu ibu mengembalikan semula tenaga dan menyembuhkan badan selepas proses kehamilan dan melahirkan anak.

Ia juga membantu untuk mengembalikan tenaga, memanaskan badan serta mengeluarkan lemak dan toksin serta membantu mengecutkan peranakan, otot dan urat yang bengkak, mengurangkan air berlebihan dalam badan, mengeluarkan angin serta mengempiskan perut.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

 << Jom ketahui apakah itu kehamilan luar rahim

Previous post

5 Punca Buat Rambut Berbuah

Next post

Resepi Roti Sardin Pedas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. September 13, 2016 at 10:45 pm — Reply

    Terima kasih atas perkongsian

Leave a Reply to achik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *